Syarikat Telefon Pintar terkemuka TECNO baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar ‘smooth gaming’ dengan harga yang mampu milik iaitu Spark 20 Pro. Menariknya, telefon ini didatangkan dengan dua pilihan RAM 16GB atau 21GB .

Spark 20 Pro dilancarkan dengan harga hanya RM699 dan RM799 untuk dua kapasiti RAM yang berbeza. Spark 20 Pro turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang menarik yang sememangnya berbaloi. Kini anda boleh alami sendiri pengalaman bermain seperti seorang jaguh e-sport.
TECNO Spark 20 Pro yang dilancarkan pada 17 Februari 2024 ini turut bernadikan G99 Ultra Boost Processor untuk pengalaman gaming lebih lancar dan yang paling penting, bebas dari sebarang lag. Sesi bermain permainan kegemaran anda menjadi lebih menyeronokkan dan bebas dari sebarang gangguan. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri bersaiz 5000mAh. Masa penggunaan untuk bermain game akan menjadi lebih lama. Anda tidak perlu lagi membawa power bank atau mengecas dengan kerap. Peranti ini memang sesuai untuk para gamer sejati.

Perkara yang membuatkan model ini amat berbaloi untuk dimiliki adalah kerana model Spark 20 Pro yang terbaru ini turut mengejutkan para penggunanya dengan kecanggihan kameranya. Model ini telah didatangkan dengan kamera utama 108MP lengkap dengan teknologi Ultra Sensing: 900% Piksel beradaptasi Ultra Sensitif,dan menyokong fungsi zoom sehingga 10x. Anda bukan hanya dapat bermain dengan lancar tapi gambar yang diambil juga akan lebih berkualiti. Spark 20 Pro ini turut didatangkan dengan skrin LCD bersaiz besar 6.78 FHD+120Hz.
Spark 20 Pro ini didatangi dengan 2 warna menarik iaitu ‘Moonlit Black’ dan ‘Sunset Blush’! Jadi bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri pengalaman ’gaming‘ dengan menggunakan TECNO Spark 20 Pro, segera kunjungi kedai pengedar sah TECNO atau laman web e-dagang rasmi TECNO dan dapatkan peranti pintar mesra bajet ini untuk pengalaman ‘gaming’ yang luar biasa.
Kedai pengedar sah TECNO: https://www.tecno-mobile.com/my/stores/
Shopee TECNO: https://shope.ee/502WkqIg5r
Lazada TECNO: https://www.lazada.com.my/shop/tecno-mobile-malaysia
TikTok TECNO: https://www.tiktok.com/@tecnomalaysia
Artikel ini disediakan oleh Ads On Marketing
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
