Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Terokai Pengalaman Visual yang Luar Biasa dengan Samsung Galaxy A15 dan A25 5G!
Diterbitkan:  Feb 21, 2024 2:45 PM
Dikemaskini: Feb 22, 2024 8:14 AM

Samsung Galaxy A15 dan A25 5G telah tampil dengan rekaan yang menawan dan ciri tersedia yang lebih pelbagai. Namun, mungkin masih terdapat pelanggan yang belum mengetahui tentang ciri-ciri menarik yang tersedia dalam siri terbaru ini. Mari kami berkongsi dengan anda!

Siri telefon pintar pertengahan Samsung Galaxy A15 dan A25 5G menawarkan pelbagai fungsi canggih yang memudahkan pelbagai tugas harian anda seperti produktiviti, fotografi, sekuriti dan banyak lagi. Malah siri ini kini menjadi salah satu telefon pintar pertengahan yang memperkenalkan Samsung Wallet, dompet digital yang membolehkan anda belanja untuk mendapatkan ganjaran. 

Apakah perbezaan antara Samsung Galaxy A15 dan A25 5G?Warna: Galaxy A15 akan mempunyai tiga pilihan warna iaitu– Biru Hitam, Biru dan Biru Muda, manakala Galaxy A25 5G akan tersedia dalam warna Biru Hitam, Biru dan Kuning.

Reka Bentuk: Galaxy A15 memaparkan panel belakang "glastik" dengan “haze finish”, manakala Galaxy A25 5G mempunyai panel belakang corak prisma berkilat.

Paparan: Galaxy A15 dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.5-inci berkadar segar semula 90Hz serta mempunyai “Vision Booster” dan paparan cahaya biru rendah untuk keselesaan mata dan pengalaman tontonan yang lancar.

Alami paparan yang terperinci dengan Galaxy A15

Paparan Super AMOLED 6.5-inci Galaxy A25 5G pula memiliki panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan 1,000nits. Seperti Galaxy A15, siri ini juga mempunyai “Vision Booster” dan dapat mengurangkan cahaya biru yang berbahaya.

Nikmati pengalaman tontonan yang mempesonakan dan lancar dengan Galaxy A25 5G

Pemprosesan: Galaxy A15 mempunyai MediaTek Dimensity 6100+, manakala Galaxy A25 5G dijana oleh Exynos 12 1280 (5nm).

Memori: Samsung Galaxy A15 dan A25 5G mempunyai 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Samsung Galaxy A15 dan A25 5G  berasaskan Android 14 akan mempunyai bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W.

Ambil gambar yang menawan seperti seorang profesional!

Sama ada anda ingin merakam detik kegembiraan atau mencipta jenama peribadi profesional, yakinlah bahawa dengan Samsung Galaxy A15 dan A25 5G, anda dapat merakam seperti seorang profesional dalam masa yang singkat

Siri Galaxy A15 mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP.

Dilengkapi dengan kamera Utama 50MP, Galaxy A25 5G dapat merakam imej resolusi tinggi yang dibantu dengan OIS.

Manakala, untuk Galaxy A25 5G, pengguna akan mendapat kamera utama 50MP yang serupa, dengan kamera ultra lebar yang beresolusi lebih tinggi 8MP dan kamera makro 2MP. Samsung Galaxy A15 dan A25 5G mempunyai sensor 13MP untuk anda berswafoto.

Cipta Foto dan Video yang dapat  menawan hati penonton anda!

Dilengkapi dengan ciri penyuntingan foto dan video yang canggih, kamera peranti ini mempunyai:

“Super Steady” (Video): Sekarang anda dapat rakam detik-detik serta-merta dengan sensor yang lebih besar dan “anti-rolling stabiliser” yang bertindak sebagai penstabilan video membolehkan mengurangkan kekaburan fenomena maksimum, goyang, walaupun anda merakam video semasa bergerak. 

“Remaster”: AI boleh menganalisa gambar di dalam aplikasi Gallery sebelum memberikan saranan suntingan yang boleh dilakukan seperti membuang objek atau meningkatkan resolusi menerusi ciri Remaster.

Pemadam Objek: Objek dalam gambar boleh diubah kedudukannya, dipadam sepenuhnya dan kemudian ditambah di luar bingkai asal tanpa meninggalkan sebarang kesan gangguan kepada gambar.

“Single Take”: Menjana sehingga 10 foto dan 4 klip video dalam masa nyata dengan satu klik.

Melindungi Keselamatan dan Privasi Anda 

Samsung Galaxy A15 dan A25 5G dilengkapi dengan platform Knox Security, dibangun pada tingkat chip, memastikan pengguna memiliki kendali penuh atas data mereka dengan ciri seperti Auto Blocker, Privacy Dashboard, Samsung Passkey dan lain-lain.

Diperakui EAL5+, Samsung Knox Vault direka untuk melindungi data sensitif, seperti PIN, kata laluan dan  dan pola, untuk perlindungan daripada ancaman perisian.  Knox juga menawarkan Folder Selamat, yang merupakan ruang selamat untuk menyimpan foto, video dan dokumen peribadi anda. Dapat perlindungan menyeluruh dari perkakasan kepada perisian – yang melibatkan voltan, gangguan, suhu tinggi dan laser. 

Buat Pembayaran dengan Mudah dan Selamat dengan Samsung Wallet

Melalui Samsung Wallet anda boleh menyusun semua keperluan ke dalam satu aplikasi — dari kad kredit, kad ID, akaun bank dan kata laluan kepada barang peribadi seperti kunci rumah, kunci kereta dan lain-lain.

Jangan risau, Samsung Wallet ini telah dilindungi dengan beberapa lapisan sistem keselamatan supaya segala transaksi dapat dikawal dengan baik.

Antaranya, terdapat pengesahan PIN dan juga pengesahan biometrik seperti pengimbas anak mata dan cap jari supaya segala privasi dapat dilindungi terutama jika pengguna kehilangan telefon. Malah, Samsung Wallet tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat pembayaran, menjadikan telefon pintar anda dikuasakan oleh dompet digital yang selamat. 

Eksklusif untuk pengguna Samsung Galaxy!

Anda boleh mengumpul mata ganjaran dari Samsung Rewards [1] untuk setiap transaksi tanpa perbelanjaan minimum. Ganjaran ini akan bersamaan dengan nilai rebat maksimum RM720 setahun, yang boleh digunakan untuk menaik taraf peranti Samsung idaman anda di www.samsung.com. Malah, pengguna boleh menggunakan mata ganjaran Samsung Rewards untuk mendapatkan diskaun sehingga 99% untuk sebarang produk. Jadi, lebih banyak mata ganjaran yang anda ada, semakin kurang anda perlu berbelanja pada peranti anda yang seterusnya. Sebagai contoh, anda boleh membeli Galaxy A25 5G pada harga RM12.99 sahaja jika anda mempunyai mata yang mencukupi (sebanyak 42,867 mata).

Bukan itu sahaja! Apabila anda membayar dengan Samsung Wallet, anda juga boleh menikmati ganjaran berganda dalam satu transaksi – mengumpul mata untuk kedua-dua kad pembayaran dan Samsung Wallet.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat baucar mingguan dari Shopee, Grab, GSC dan lain-lain  sementara stok masih ada. Dapatkan peranti idaman anda dari Peruncit Sah Samsung terpilih atau menerusi Samsung Online Store. 

Layari SINI untuk maklumat lanjut.

[1] Pengguna boleh memperoleh mata ganjaran Samsung Rewards sehingga 50 transaksi setiap bulan. Kiraan transaksi ditetapkan semula pada hari pertama setiap bulan. Mata yang diperoleh adalah sah selama 36 bulan hingga hari terakhir bulan tersebut.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS