Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Adakah Samsung Galaxy A15 dan A25 5G terjamin dan selamat digunakan?
Diterbitkan:  Feb 22, 2024 12:18 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Bayangkan dunia di mana telefon pintar anda bukan sahaja membolehkan anda sentiasa berhubung tetapi juga memudahkan transaksi harian menjadi pengalaman yang lancar.

Dengan harga bermula RM999,  Samsung Galaxy A15 dan A25 5G, anda boleh buat kedua-duanya! Siri ini kini menjadi telefon pintar pertengahan yang memperkenalkan Samsung Wallet. Seperti dompet, Samsung Wallet membolehkan pengguna menyimpan pelbagai kad kredit, kad ID, tiket penerbangan, dan banyak lagi dalam telefon yang sentiasa dibawa sepanjang masa.

Apakah manfaat Samsung Wallet?
Pengguna bukan sahaja menerima akses kepada fungsi pembayaran mudah melalui peranti dengan Samsung Pay. Malah dapat mengumpul ganjaran dengan lebih pantas berbanding menggunakan kad debit atau kredit biasa.

Hanya perlu sentuh untuk menambah kad pembayaran dan buat bayaran bila-bila masa, di mana jua!

Hanya imbas kad pada belakang peranti Samsung dan mengesahkannya menggunakan kod OTP.

Telefon pintar yang memastikan keselamatan dari semua sudut!

Knox Vault:
Lapisan keselamatan yang melindungi kata laluan dan data sensitif dari serangan siber.

Auto Blocker: Menyekat aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan dan melindungi aplikasi pemesejan anda.

SmartThings: Boleh mengunci dan memadam info dalam peranti anda dari jauh. Aplikasi ini juga boleh mengeluarkan kad peribadi dari Samsung Wallet. Jika pengguna ingin menjejak atau mendapatkan kembali lokasi peranti Samsung yang hilang atau tercicir, mereka boleh menggunakan SmartThings Find. 

Baucar mingguan dan rebat bernilai sehingga RM 720 menanti anda!
Dengan pembelian Samsung Galaxy A15 dan A25 5G, pengguna boleh menebus baucar mingguan seperti diskaun RM20 dari Shopee.

Malah, menerusi telefon mampu milik ini, pengguna boleh menggunakan Samsung Wallet untuk memaksimumkan nilai kerana dengan setiap pembayaran — pengguna boleh mengumpul mata dan menebus ganjaran Samsung Rewards!

Tidak terhad pada barangan Samsung sahaja, pengguna boleh menggunakan mata ganjaran tersebut untuk menebus pelbagai barang seperti makanan, tiket penerbangan, tiket pawagam, e-wallet dan lain-lain. Samsung telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama seperti Gigi Coffee, TGV Cinemas dan Chatime!

Cara menebus mata ganjaran dan rebat melalui Samsung Wallet

1) Pertama sekali, anda perlu memiliki peranti Samsung yang menyokong Samsung Wallet contohnya seperti Samsung Galaxy A15 dan A25 5G.

2) Aktifkan Samsung Wallet pada peranti anda.

3) Membeli- belah barangan tanpa sebarang pembelian minimum. Untuk setiap transaksi yang dilakukan, anda akan mendapat mata ganjaran.

4) Pengguna boleh menggunakan mata ganjaran Samsung Rewards untuk mendapatkan diskaun sehingga 99% untuk produk Samsung dari eStore. Sebagai contoh, anda boleh membeli Galaxy A25 5G pada harga RM12.99 sahaja jika anda mempunyai mata yang mencukupi (sebanyak 42,867 mata).

Dalam erti kata lain, dengan menggunakan Samsung Wallet ini, ibarat anda menabung sedikit demi sedikit melalui mata ganjaran yang diberikan untuk mendapatkan peranti idaman.

Berita baik untuk pengguna yang membeli Samsung Galaxy A15 atau A25 5G!


Jika anda melakukan pembayaran menggunakan Samsung Wallet, anda akan dapat menikmat ganjaran berganda untuk kad kredit dan Samsung Wallet sekaligus.

Nikmati pengalaman Samsung Galaxy pada harga yang berpatutan. Dapatkan peranti idaman anda dari Peruncit Sah Samsung terpilih atau menerusi Samsung Online Store.

Layari SINI untuk maklumat lanjut. 

[1] Pengguna boleh memperoleh mata ganjaran Samsung Rewards sehingga 50 transaksi setiap bulan. Kiraan transaksi ditetapkan semula pada hari pertama setiap bulan. Mata yang diperoleh adalah sah selama 36 bulan hingga hari terakhir bulan tersebut.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS