Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
ILO dan UTHM bantu belia ketahui Laluan Kerjaya dalam Industri Perkhidmatan Makanan
Diterbitkan:  Feb 23, 2024 3:01 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Lebih 200 peserta dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Vokasional dan pihak industri telah menghadiri majlis pelancaran Peta Kemajuan Kerjaya Young FutureMakers Malaysia yang bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Johor.

Dengan tema “Global Partnership Initiative: Navigate Your Future”, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah bekerjasama dengan UTHM dan Yayasan Standard Chartered untuk menghasilkan tiga peta kerjaya mengenai peluang  kerjaya bagi mereka yang bekerja di restoran, bakeri dan yang ingin menjadi seorang barista.

Peta tersebut secara komprehensif memperincikan kelayakan, kemahiran asas dan  teknikal, faedah dan anggaran tangga gaji mengikut jawatan dalam ketiga-tiga skop pekerjaan. 

Profesor Dr Shahruddin Mahzan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) berkata UTHM berbangga menjadi perunding projek dalam membangunkan peta kemajuan kerjaya. “Peta ini memberikan pemahaman yang jelas tentang peranan semasa individu dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai aspirasi kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan,” katanya. 

Inisiatif yang diambil oleh UTHM dan ILO ini diharap dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara yang mampan pada masa depan, selain menyokong usaha negara dalam membantu belia termasuk golongan wanita, dalam meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan makanan.

“Peta kemajuan kerjaya akan dikemas kini dari semasa ke semasa, untuk merefleksi trend kerja yang sentiasa berubah serta pihak ILO juga akan memastikan ia boleh diakses oleh semua belia di negara ini,” kata Felix Weidenkaff, Pakar Pekerjaan Belia, ILO.

Profesor Ts. Dr Affero Bin Ismail, Profesor Madya di UTHM berkata “Sepanjang projek ini, kami telah berhubung dengan pelbagai industri, agensi dan persatuan yang memberi input kepada peta tersebut. Kami berharap agar golongan belia dapat memanfaatkan peta kerjaya dan pengetahuan yang diterima.

Jerayawara Young Futuremakers Malaysia

Young Futuremakers Malaysia kini sedang mengadakan jerayawara di empat zon serantau di Malaysia untuk memperkenalkan peta kemajuan kerjaya tersebut kepada belia yang sedang mengikuti kursus berkaitan perkhidmatan makanan di institusi TVET berkaitan dan dijangka akan memanfaatkan ramai pelajar dalam beberapa tahun akan datang.

Selain peta kerjaya, belia juga berpeluang mendengar perkongsian daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia mengenai portal MyFutureJobs yang diwujudkan untuk membantu warganegara Malaysia mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.

Sejak 2023, ILO Young Futuremakers Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran belia. Latihan tersebut meliputi kemahiran komunikasi dan digital kepada pekerja muda dan kemahiran berkaitan industri perkhidmatan makanan kepada pelatih TVET.

Dapatkan info kerjaya terkini melalui saluran Telegram

ILO Young Futuremakers Malaysia mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: https://t.me/yfmtvet 

Layari https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/ untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered. 

ADS