Aktivis Malaysia tidak cintakan buku

comments         Published     Updated

Tidak seperti toko-toko gergasi Kinokuniya atau MPH, Pustaka Indonesia - sebuah kedai buku sempit di depan Masjid India - menyimpan rahsia kecil republik jiran kita. Kepada mereka yang gemar memandang rendah republik itu, kedai buku ini boleh mengurangkan rasa prasangka tersebut.

Kedai di Wisma Yakin ini mungkin tidak dikunjungi ramai kerana kedudukannya yang tidak begitu selesa di kawasan kerumunan masyarakat kelas bawah negara ini. Kaki limanya dipenuhi gerai menjual ubat tradisional, kedai-kedai lain pula dipenuhi kitab agama, pakaian murah, dan sejadah. Tidak jauh dari blok ini terletak pula rumah pangsa lama, Selangor Mansion.

Imej kawasan ini terpacak kemunduran, kekotoran (antaranya, najis gagak), sedikit kekelaman (misalnya dulu, dadah atau jenayah kecil), dan barang-barang murah. Ia tidak mungkin dikunjungi oleh khalayak yang 'canggih', misalnya pengunjung Bukit Bintang atau Bangsar Baru.

For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year (full news access)
or RM420 a year (full news + full archive access). If you're already a subscriber, please sign in.

Sign in Subscribe now


Malaysiakini
news and views that matter


Sign In

OR