Most Read
Most Commented
Read more like this

"When a man or a party suffers an injustice in the United States, to whom can he turn? To public opinion? That is what forms the majority. To the legislative body? It represents the majority and obeys it blindly. To the executive power? It is appointed by the majority To the police? They are nothing but the majority under arms. A jury? The jury is the majority."

Alexis de Tocqueville dalam Democracy in America .

Memang benar, Melayu sebagai kelompok dan individu masih lagi kabur, dalam proses penafsiran yang tidak sudah-sudah. Memasuki daerah perbincangan ini dengan senang menjerumus kita dalam kancah kontroversi.

Ibarat Ulil Abshar-Abdalla dengan jaringannya "Islam liberal" memancing kontroversi di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Takrif "Melayu" dalam Perlembagaan Persekutuan menjadikan etnik ini tidak diikat oleh aspek biologi sahaja, tetapi juga aspek pembudayaan tanpa batas. Beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya seperti kaum ini beginilah takrif Melayu secara rasmi. Di sinilah bermula segala kontroversi.

Jika kita ingin mentakrif siapakah individu atau kelompok "liberal Melayu", apakah ini bermakna kita wajib memakai definisi perlembagaan? Ertinya, individu Islam yang berbahasa dan berbudaya Melayu tetapi menganut liberalisme?

Orang boleh bertanya lagi, apakah itu maksudnya "liberalisme abad ke-19" atau "Islam liberal"? Apakah ada takrif liberalisme dan Islam yang lain lagi? Atau, apakah wajar kita mengabaikan takrif perundangan ini, dan mengambil definisi biologi atau antropologi, misalnya?

Malah, mungkin ada pihak bertanya lagi, apakah perlu atau pentingnya daerah diskusi ini dijelajah semata-mata untuk mencipta debat dan memuaskan nafsu intelek?

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS