Most Read
Most Commented
Read more like this

Kuseru saja Dia

Sehingga datang juga

Kami pun bermuka-muka

Seterusnya Ia bernyala-nyala dalam dada

Segala daya memadamkannya

Bersimpah peluh diri yang tak bisa diperkuda

Ini ruang

Gelanggang kami berperang

Binasa-membinasa

Satu menista lain gila

( Di Mesjid karya Chairil Anwar, Mei 1943)

PAS, sebuah parti fundamentalis agama, ada masalah dan tidak jujur. Di sini 'sindrom PAS' bermula. Antara isunya, parti Islam ini tidak berterus-terang tentang bagaimana model atau format budaya yang bakal terbentur di bawah pentadbirannya. PAS tidak menjelaskan sikapnya dalam menangani 'gejala Siti Nurhaliza'.

Sebagai seorang penulis yang pernah terdidik dalam program dakwah fundamentalisme, saya boleh mengagak jawapan PAS dalam hal ini. Malah, sesiapa sahaja yang cermat menganalisis politik, boleh menghidunya.

Di Kelantan, wayang kulit diharamkan lebih 10 tahun tanpa jawapan intelektual yang konkrit, tiba-tiba dibenarkan kembali selepas menerima format baru yang dicadangkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Subteksnya, kenapa PAS juga berjiwa seperti Umno (dan Barisan Nasional), menggubal dasar-dasar awam tanpa perundingan dan gagal menggunakan akal yang tajam lagi bernas? Kenapa semua orang politik ghairah memperkudakan kuasa atau perundangan tanpa mengajak kita semua berhujah, berdebat dan menggunakan akal rasional-kritis terlebih dahulu?

Di Terengganu, bergema suara untuk memperkenalkan 'kod etika berpakaian', selain format beratur berlainan jantina di kaunter (meniru peraturan di Kelantan) dan kaedah baru menonton filem di pawagam.

Musabaqah al-Quran tidak boleh disertai wanita, kononnya atas alasan suara. Calon wanita (muslimat) akan dikaji untuk diperbolehkan setelah terdapat desakan tertinggi dari dalam parti sendiri, maksudnya disuarakan oleh pemimpin kanan Dewan Muslimat di muktamar tahunan PAS.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS