Most Read
Most Commented
Read more like this

PAS masih tidak berpuas hati. Hujung minggu ini ia akan menunjukkan rasa tidak berpuas hati itu dalam satu perhimpunan besar berdekatan pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Tetapi kita tidak pasti niat sebenar permainan politik PAS kali ini. Malah, membayangkan kemungkinannya sahaja boleh 'menakutkan' kita.

Dua hari selepas pembuangan undi 21 Mac lalu, PAS telah menyerahkan memorandum awal kepada Suhakam dengan mengemukakan dakwaan-dakwaan penyelewengan yang serius tentang sistem pilihanraya kita.

Malam itu, ia mengadakan ceramah besar di Rusila sebagai usaha menenangkan dan menerangkan kepada para pengikutnya yang sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya umum ke-11. Keputusan ini sama sekali di luar jangka. Ribut tidak, angin tidak, tiba-tiba pokok tumbang!

Sekali imbas, kita dapat lihat 'latah' PAS berdepan dengan kekalahan ini. Presidennya, Abdul Hadi Awang dan pengarah operasi pilihanrayanya Mustafa Ali 'luput tarikh' di Dewan Rakyat, selain kenyataan bernada kecewa dan tertekan. Kelantan hampir-hampir jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN). Impiannya untuk membuat kejutan di beberapa kubu kuatnya di luar dua negeri ini turut berkecai.

Tetapi apakah PAS serius? Atau, parti Islam itu hanya minat bersandiwara di depan pengikutnya dan orang ramai? Kekalahan di luar jangka dan memalukan ini harus diberikan justifikasi. Kalau boleh, justifikasi yang menyalahkan orang lain, misalnya Suruhanjaya Piliharaya (SPR) atau BN.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS