Most Read
Most Commented
Read more like this

Tiba-tiba hari ini Farish A Noor dan Astora Jabat senasib kedua-duanya tidak disenangi oleh sejenis golongan ulama tertentu. Penulis kolum malaysiakini itu ditolak oleh PAS, sementara wartawan Utusan Malaysia itu dihalang ulama kerajaan dan Umno.

Walau pandangan Farish itu rasional dan berpada-pada menilai parti Islam tetapi kita hairan melihat 'latah yang luar biasa' (akibat kalah teruk?) daripada dua tokoh agamawan PAS, Dr Haron Din dan Abdul Ghani Samsuddin.

Dalam wawancara bertajuk 'Farish Noor berprasangka buruk terhafap ulama' ( Harakah , 1-15 Mei), presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata: "Saya kesal kerana kebanyakan tulisan beliau yang saya ikuti didapati rujukannya ialah daripada bahan tulisan yang diilhamkan oleh golongan orientalis Barat."

Sementara Haron pula berhujah: "Mereka (pembaca Harakah ) membantah, bukan penulisan (artikel Farish) tersebut tetapi penulisnya yang menunjukkan terang-terang sikapnya, permusuhannya yang tidak senang dengan pergerakan Islam. Lebih-lebih lagi karektornya sudah diketahui umum yang mana tidak senang dengan kebangkitan Islam.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS