Most Read
Most Commented
Read more like this

Pada tahun 1975, Piere Paolo Passolini (1) telah membuat sebuah filem bernama Salo - 120 Days Of Sodom . Bila Salo keluar ianya telah mendapat pelbagai reaksi. Reaksi utama datangnya dari persongkonglan puak gereja dengan puak kanan. Padri-padri gereja, guru-guru moral dan pendakwah nilai-nilai murni telah mula bersuara menentang filem ini dari dilihat oleh orang awam.

Salo memiliki banyak pensejarahan. Di kota London filem Passolini ini pada awalnya dilarang tayang. Kemudian diluluskan dengan kelulusan 18 keatas. Di Australia pula sejarahnya paling hebat. Pernah diluluskan untuk tayangan bertanda X kemudian ditarik kembali pada tahun 1998. Di Finland filem ini langsung tidak dibenarkan ditayang untuk umum hingga ke hari ini. Cuma di Sweden, negara Eropah yang paling demokratik dan terbuka, filem ini tidak diganggu.

Sebenarnya, saya telah berkali-kali menonton filem ini. Saya menontonnya di Scala , satu-satunya panggung wayang alternatif yang terus menerus memutarkan filem-filem yang bukan dari gelombang perdana. Dalam seni filem dan bayang bergerak saya cuba memahami mazhab ajaran Passolini. Kerana itu saya telah berulang-ulang kali menonton semua kerja-kerja seni Passolini.

Salo yang saya tonton di Scala ini pun bukan Salo yang lengkap. Ianya telah 'disunatkan' oleh badan penapis. Enam minit 'panjangnya' telah dipotong. Tetapi impak filem ini masih mendebar dan menggangu. Filem yang dipadankan secara longgar dari buku Marquis de Sade (2) ini telah lihat memudarat/ mengancam/menggangu kestabilan sensibiliti borjuis Eropah. Ketenangan dan hipokrasi para borjuis ini telah digelodak oleh Salo.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS