Pemuda Pepsi Cola mencabar Hadi
Dua agenda besar berlangsung dalam arena politik negara minggu lalu. Pertama pilihanraya kecil Kuala Berang dan kedua, muktamar ke-50 parti PAS di Kota Bharu.
Selalunya pilihanraya kecil terutamanya di Terengganu, Kelantan atau Kedah akan menjadi tumpuan seluruh negara. Keputusannya akan ditunggu dengan penuh debaran.
Namun kali ini keadaannya berbeza. Keputusan pilihanraya Kuala Berang tidak menjadi fokus, sebaliknya ia ditenggelamkan oleh kehangatan persidangan di muktamar PAS. Para pemerhati politik lebih suka membicarakan teori "Pepsi Cola" yang dilontarkan oleh Presiden PAS kepada sayap pemuda parti itu.
Sikap terbuka pemimpin Pemuda PAS yang mengakui kelemahan sendiri dan keberanian menegur pucuk pimpinan parti itu lebih menarik perhatian. Berita kemenangan calon Umno di Kuala Berang tidak lagi dianggap sebagai "berita", mungkin kerana kemenangan itu telah dijangka dari awal lagi!
Muktamar kali ini telah membongkar ketidakpuasan hati golongan Pemuda PAS terhadap pucuk pimpinan parti itu. Perwakilan Pemuda dengan beraninya menegur para pemimpin tertinggi yang dianggap leka dengan kemenangan tahun 1999 hingga membawa kepada kekalahan teruk pada Mac lalu.

Pemuda PAS juga menuduh pucuk pimpinan parti sebagai tidak serius untuk memboikot keputusan pilihanraya umum lalu. Malah Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub memuji kebijaksanaan Umno menubuhkan Puteri Umno.
Beliau mahu PAS mengambil langkah serupa. Salahuddin juga mahu Pemuda PAS memikirkan hiburan alternatif untuk golongan muda bagi menarik anak-anak muda kepada parti itu.
Tiada post-mortem pilihanraya
Keterbukaan Pemuda PAS itu jelas menjadi cabaran kepada kepimpinan ulama yang menerajui PAS sekarang.
Datuk Seri Haji Hadi telah membidas segala teguran Pemuda PAS itu dengan menyifatkan mereka sebagai "air Pepsi Cola" - berbuih-buih ketika penutupnya dibuka, kemudian surut. Pemuda PAS dianggapnya berdegar-degar untuk seketika sahaja, tidak konsistan pendiriannya, akhirnya akur pada keputusan pucuk pimpinan.
Pertelagahan dengan Dewan Muslimat juga berlaku di muktamar itu. Pucuk pimpinan menuduh kaum ibu PAS tidak menjalankan peranan berkesan dalam berkempen.
Bagaimanapun perwakilan Dewan Muslimat menyangkal dakwaan itu. Mereka mengaku telah berkerja keras dan menegaskan kekalahan dalam pilihanraya umum dulu disebabkan oleh para pemimpin dan ahli parti yang tidak berdisiplin.
Saling menunding jari, itu yang berlaku pada muktamar tersebut. Pucuk pimpinan PAS tidak mahu mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri. Malah mereka enggan mengumumkan hasil "post mortem" pilihanraya 2004 yang sebelumnya dijangka akan didedahkan pada muktamar
itu.
Namun apa yang jelas ialah rasa tidak puas hati terhadap pendekatan kepimpinan ulama semakin ketara. Generasi muda PAS yang datang daripada pelbagai latarbelakang mahukan perubahan. Mereka mahu satu hala tuju yang jelas dan baru bagi memastikan PAS terus hidup dan diterima oleh rakyat negara ini.
Saf kepimpinan tertinggi PAS khususnya para ulamanya perlu menerima kritikan yang dilemparkan pada muktamar itu dengan hati terbuka. Kekalahan terbaru PAS di Kuala Berang dengan majoriti undi yang lebih besar harus dijadikan pengajaran dan kayu pengukur tentang tahap penerimaan rakyat terhadap PAS sekarang.
Laluan kepada barisan muda
Kalau di Terengganu pengaruh dan kedudukan PAS semakin terhakis, bagaimana di negeri-negeri lain terutamanya di pantai Barat? Adakah PAS mahu terus wujud dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Sekadar ada di Kelantan, Terengganu dan Kedah sahaja?
Jelas sekali selepas "kejayaan besar" pada tahun 1999, PAS tidak mengatur strategi berkesan untuk menjadi sebuah parti nasional. Pucuk pimpinan PAS yang berwatak keras gagal mengeksploitasi penerimaan rakyat terhadap Barisan Alternatif ketika itu. PAS gagal muncul sebagai parti yang boleh diletakkan harapan dan dijadikan rujukan.
Mungkin jika parti itu masih diterajui oleh kepimpinan yang berimej sederhana, nasib PAS dalam pilihanraya umum lalu tidak seteruk sekarang. Perginya Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor nampaknya telah meninggalkan kesan mendalam pada pengaruh PAS.
PAS yang berwatak keras yang diterajui oleh Hadi dan Datuk Harun Taib tidak akan memberi cabaran besar kepada Umno pada pilihanraya akan datang. Selagi imej yang menakutkan majoriti orang Melayu dan bukan Melayu itu masih terpalit di muka PAS, Umno boleh tidur lena.
PAS yang lebih lembut, terbuka dan sederhana lebih merbahaya kepada Umno. Oleh itu mungkin sudah tiba masanya bagi pemimpin lama PAS memberi laluan kepada barisan muda seperti Husam Musa, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan lain-lain untuk memberi nafas baru pada perjuangan parti itu.
Pemuda PAS juga perlu ingat bahawa mereka mesti membuang semangat Pepsi Cola" jika mahu menjana perubahan dalam parti itu. Seandainya selepas muktamar ini " buih-buih" perubahan itu kembali surut, itu bermakna PAS akan menjadi sebuah parti pisican sahaja dalam arena politik Malaysia.
Semamangnya PAS tewas pada pilihanraya Mac lalu kerana kelemahan strategi dan gerak kerjanya serta dibelenggu oleh imej radikal. PAS tidak tewas kerana dasar perjuangannya.
Jika pucuk pimpinan PAS tidak berubah, kekalahan di Kuala Berang pada Sabtu lalu adalah pemulaan bagi kekalahan seterusnya, termasuk di Kelantan.