Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menurut penjelasan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dr Vincent Lim Kian Tick, ulasan Perdana Menteri pada 14 Mac lalu mengenai cadangan MCA supaya jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) ditambah menggunakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RM-9), telah disalahfahamkan.

Kata Dr Vincent, laporan bahawa "Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebarang tindakan untuk menambah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina atau Tamil hanya akan mewujudkan pelbagai sistem dalam pendidikan dan ia tidak baik kepada negara" adalah tidak tepat, kerana yang dirujukkan bukan SJKC, tetapi Sekolah Menengah Bukan-Kerajaan.

Saya tidak faham, jika kenyataan PM tersebut telah disalahfahamkan, mengapa bukan beliau sendiri yang membuat penjelasan kepada semua media. Sebaliknya penjelasan dibuat oleh Setiausaha Politiknya kepada media Cina saja, sedangkan kenyataan tersebut dilaporkan oleh semua media? (PM telah membuat penjelasan sendiri pada Mac 22 apabila ditanya oleh pemberita.)

Lebih penting lagi, yang membidas cadangan MCA untuk menambah SJKC di bawah RMK-9, bukan PM seorang saja, tetapi juga beberapa pemimpin Umno yang lain. Jika ulasan PM disalahfahamkan, bagaimana pula ingatan dan kritikan berikut?

  • Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi ingatan kepada persatuan-persatuan Cina supaya tidak mengambil kesempatan menghantar memorandum berbentuk mendesak supaya kerajaan menambah bilangan SJKC.
  • Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, memperbanyakkan SJKC hanya akan membawa kita selangkah ke belakang dalam memperkasa Dasar Pendidikan Negara dan membina masyarakat bersatu-padu.
  • Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula membayangkan pendirian Pemuda Umno yang lebih keras. Katanya, mereka tidak setuju dengan cadangan MCA untuk menambahkan SJKC kerana ia bertentangan dengan dasar dan aspirasi kerajaan, dan pergerakan itu akan terus menentang sebarang usaha yang boleh mendorong kepada polarisasi kaum di negara ini. Tegasnya, dasar kerajaan jelas bahawa sekolah kebangsaaan harus menjadi pilihan utama ibu bapa kerana ia merupakan ejen peningkatan integrasi kaum.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS