Most Read
Most Commented
Read more like this

Sejak kebelakangan ini, Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, merangkap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, rasanya tidak begitu bernasib baik. Tidak berapa lama dahulu, beliau disindir secara tidak langsung oleh timbalannya bahawa ada pemimpin yang bermati-matian tidak mahu melepaskan jawatan pucuk pimpinannya dan berhasrat untuk memupukkan pengaruh anaknya dalam parti.

Lantaran itu, Keng Yaik terpaksa membuat pengumuman bahawa beliau akan memimpin Gerakan untuk penggal terakhir, dan anaknya tidak akan menyandang apa-apa jawatan tinggi dalam pemilihan parti yang akan datang.

Kali ini, tersebar pula khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan menteri kerana tersilap cakap. Keng Yaik dilaporkan sebagai berkata, hal-hal mengenai keagamaan harus dipisahkan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) bagi membolehkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Keng Yaik "telah menimbulkan berita besar dalam surat khabar", dan mengakibatkan "bantahan pelbagai pihak yang terkejut, marah dan kesal ", sehingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri terpaksa bertanya kepada beliau apa sebenarnya telah berlaku.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS