Kajian akademik dan tekanan perkauman (Bhg I)
Malang sekali, laporan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) yang bertajuk "Pengagihan Ekuiti Korporat Trend Masa lalu dan Dasar Akan datang" sebuah kajian akademik telah diputarbelitkan sebagai isu perkauman yang emosional.
Kebanyakan liputan media, ulasan orang politik, malah akademikus, seolah-olah hanya minat dan tertumpu kepada dua angka saja sama ada ekuiti pemilikan bumiputera sekarang adalah 18.9 peratus menurut metodologi perkiraan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) atau 45 peratus menurut metodologi perkiraan Asli yang dirumuskan dalam laporan terbabit.
Dan suatu gejala yang tidak sihat ialah banyak ulasan telah dibuat melalui kacamata perkauman. Umpamanya, kaum Melayu kebanyakannya cenderung kepada mempertahankan angka perkiraan mengikut metodologi EPU, sungguhpun pengagihan yang diasaskan kepada par value dan tanpa dijumlahkan ekuiti pemilikan GLC, seperti dakwaan Asli dan diakui Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, jelas merupakan kelemahannya yang menonjol.
Malang sekali, laporan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) yang bertajuk "Pengagihan Ekuiti Korporat Trend Masa lalu dan Dasar Akan datang" sebuah kajian akademik telah diputarbelitkan sebagai isu perkauman yang emosional.
Kebanyakan liputan media, ulasan orang politik, malah akademikus, seolah-olah hanya minat dan tertumpu kepada dua angka saja sama ada ekuiti pemilikan bumiputera sekarang adalah 18.9 peratus menurut metodologi perkiraan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) atau 45 peratus menurut metodologi perkiraan Asli yang dirumuskan dalam laporan terbabit.
Dan suatu gejala yang tidak sihat ialah banyak ulasan telah dibuat melalui kacamata perkauman. Umpamanya, kaum Melayu kebanyakannya cenderung kepada mempertahankan angka perkiraan mengikut metodologi EPU, sungguhpun pengagihan yang diasaskan kepada par value dan tanpa dijumlahkan ekuiti pemilikan GLC, seperti dakwaan Asli dan diakui Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, jelas merupakan kelemahannya yang menonjol.
Di pihak yang lain, bukan Melayu pula lebih cenderung untuk menerima metodologi perkiraan Asli tanpa kesangsian yang perlu, dan dalam konteks mempertahankan kepentingan kaum yang terpesong daripada tujuan asal Asli. Padahal kesilapan Asli dalam pengiraan berganda seperti yang dikemukakan oleh Dr Muhd Kamil Ibrahim rasanya perlu diteliti dan dijawab oleh Asli, dan andaian bumiputera memiliki 70 peratus ekuiti GLC juga perlu dijustifikasikan kesaksamaannya (mereka yang mempertikaikan andaian bumiputera memiliki 70 peratus ekuiti GLC juga perlu dijustifikasikan).
Menurut Terence Gomez, salah seorang penulis laporan terbabit, pengagihan ekuiti hanya merupakan sebahagian daripada kajian yang meliputi isu-isu mendesak yang perlu diberi perhatian segera, termasuk masalah kemiskinan, reformasi perkhidmatan awam dan institusi-institusi pengajian tinggi, dan masalah komuniti-komuniti yang dipinggirkan, terutamanya kaum India dan Orang Asli.
Tambah beliau, kajian yang melibatkan pakar-pakar pelbagai kaum itu sebenarnya dilakukan untuk menyahut seruan Perdana Menteri agar sektor awam mengambil bahagian dalam penggubalan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) suatu seruan yang dianggap sebagai permintaan tulen untuk memperolehi maklum balas ikhlas tentang ketidaksetarafan sosial dan ekonomi.
Dititikberatkan Gomez bahawa satu-satunya asas untuk menimbulkan isu pemilikan ekuiti bumiputera adalah untuk berhujah bahawa perkiraan kerajaan mengenai pengagihan hartabenda mengikut kaum padahal metodologi yang salah dan tidak realistik.
Justeru, hujah Gomez, hanya tertumpu kepada angka ekuiti 45 peratus semata-mata, perdebatan telah diseleweng daripada penilaian terbuka akan perubahan-perubahan dan isu-isu di masyarakat Malaysia, umpamanya timbulnya ketidak-setarafan yang baru, strategi-strategi untuk peningkatan keusahawanan (entrepreneurship) tulen, serta cara-cara untuk menjamin perpaduan nasional yang lebih besar.
Kajian akademik
Beliau amat kecewa terhadap politikus-politikus perkauman yang langsung tidak menyentuh tentang keprihatinan utama laporan CPPS terbabit bahawa cara pelaksanaan tindakan afirmatif (affirmative action) telah mengakibatkan ketidak-seimbangan hartabenda dan pendapatan yang serius di dalam komuniti bumiputera.
Tidak dapat dinafikan bahawa penjelasan Gomez tersebut amat penting, dan sekaligus menyanggah tuduhan sewenang-wenang pemimpin tinggi Umno bahawa laporan terbabit adalah 'sampah', 'berniat jahat', 'tidak bertanggungjawab', 'boleh mengelirukan' dan sebagainya.
Pun amat dikesali, pemimpin Gerakan yang meminta agar kerajaan mengambil pendekatan yang lebih telus berkaitan metodologi dan data-data perkiraan, diberi amaran keras supaya 'jangan sindir', 'jangan buat kacau' serta 'jangan mempersoalkan kewibawaan kerajaan' dalam perkiraan ekuiti bumiputera!
Di samping itu, tindakan tergopoh-gopoh Presiden Asli Mirzan Mahathir dalam menarik balik laporan terbabit dan meminta maaf atas alasan Asli akur ada kelemahan dalam andaian dan perkiraan yang membawa kepada rumusan yang tidak ada justifikasi, rasanya suatu tindak balas yang berlebihan (over reaction), terutamanya di bawah tekanan politik perkauman yang tidak demokratik dan anti-kebebasan kajian akademik.
Padahal amatlah lumrah terjumpa kelemahan, malah kesalahan dalam mana-mana kajian akademik. Jika kelemahan boleh dijadikan alasan agar sesuatu kajian mesti ditarik balik dan terpaksa meminta maaf, maka perkiraan mengikut metodologi EPU yang jelas sekali juga mempunyai kelemahannya, khasnya berasaskan 'par value' dan tanpa mengira ekuiti GLC, adakah kerajaan juga patut membatalkan Rancangan Malaysia Kesembilan dan meminta maaf?
T
indak balas Presiden Asli yang berlebihan ini telah mengakibatkan peletakan jawatan Dr Lim Teck Ghee sebagai Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam Asli. Kata Dr Lim: "Sebagai Pengarah CPPS, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya, dan mempertahankan hasil kajian tersebut dan kajian-kajian lain yang telah kami kemukakan dalam laporan kepada kerajaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan pada Februari 2006."
Ditegaskan beliau lagi, ia adalah satu hak asasi rakyat Malaysia untuk mempersoalkan dasar-dasar dan statistik kerajaan, lebih-leblih lagi apabila ia tidak telus atau tidak boleh dipertahankan. Dr Lim harap 'ruang awam' yang dibuka hasil kerja-kerja pusat tersebut dalam isu berkenaan dan isu-isu penting yang lain, akan diperluas dan dilindungi sebaik-baiknya oleh pihak lain.
Prinsip dan keberanian Dr Lim dalam melindungi kedudukan dan kebebasan kesarjanaan jarang ditemui di kalangan akademikus negara kita, beliau telah menjadi tauladan yang disanjung tinggi oleh banyak pihak, sehingga ada yang beriklan dalam akhbar untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr Lim! (bersambung).

