Menangani kerenah Umno
Lidah Pengarang Hari Ini: Umno sudah menjadi satu masalah kepada
orang Melayu, bukan-Melayu dan Malaysia. Umno sudah tidak lagi menjadi sebahagian penyelesaiannya.
Memang amat menarik sekali, dengan sedikit pengecualiannya, rakyat Malaysia sudahpun pandai mengenepikan kerenah kebudak-budakan yang menjadi ritual dan satu tradisi setiap kali Umno bersidang. Itulah yang telah mereka tunjukkan dalam Persidangan Agong Umno, penuh laungan cauvanis dan kata-kata hasutan perkauman yang amat menjijikkan.
Lidah Pengarang Hari Ini: Umno sudah menjadi satu masalah kepada
orang Melayu, bukan-Melayu dan Malaysia. Umno sudah tidak lagi menjadi sebahagian penyelesaiannya.
Memang amat menarik sekali, dengan sedikit pengecualiannya, rakyat Malaysia sudahpun pandai mengenepikan kerenah kebudak-budakan yang menjadi ritual dan satu tradisi setiap kali Umno bersidang. Itulah yang telah mereka tunjukkan dalam Persidangan Agong Umno, penuh laungan cauvanis dan kata-kata hasutan perkauman yang amat menjijikkan.
Pakar psikologi kanak-kanak ada memberitahu bahawa cara terbaik untuk menangani kelakuan yang buruk semacam ini ialah dengan menyerlahkan kejelekan kita yang tidak terhingga setiap kali kanak-kanak berkelakuan begitu. Ini mungkin perlu diselang-seli dengan hukuman.
Kalau si anak itu masih terus bekelakuan begitu, maka strategi yang lain perlu difikirkan. Kejelekan dan hukuman yang berterusan tidak akan membawa
kesan, kerana si anak itu akan menganggap itulah cara terbaik untuk menarik perhatian. Ini bererti secara tidak disedari kita memperkukuhkn ragam kelakuan mereka.
Demikianlah kelakuan para pemimpin Umno hari ini. Lagi kuat amarah
dan kebencian rakyat Malaysia serta sindiran daripada orang seperti Karpal
Singh, Lim Keng Yaik daripada Gerakan, dan tukang komen yang lain; ia hanya menyemarakan semangat pemimpin Umno ini untuk terus mahukan perhatian.
Mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia sudah faham sangat untuk
memperlekehkan sahaja kelakuan mencuri perhatian Umno ini. Saya kena memaksa diri melihat rakaman video Perhimpunan Agong Umno itu. Memang saya naik mual melihat beberapa episod menggoyang-goyang keris. Kalau adapun yang menariknya kali ini mereka tidak lagi mencelupkan keris itu ke dalam mangkuk sos tomato, mungkin kerana mereka mahu mengelakkan kos mencuci kain seperti yang berlaku semasa dulu.
Budaya Pak Turut
Semasa Najib Tun Razk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno bebearpa
tahun dulu, beliaulah yang mula-mula melakonkan peranan menghunus dan menggoyang keris. Walaupun beliau ternyata janggal dia tidak pula menikam dirinya secara tidak sengaja.
Kalaulah berlaku kemalangan semacam itu, sudah tentu berakhirlah di situ lakonan yang dilatihkan terlebih dulu. Kerana itu Najib terus meniti tangga
kerjayanya dalam Umno dan juga negara. Namun, budaya Pat Turut terus diperkaya Pada tahun ini, kita melihat Hishamuddin meniru lakonan Najib dulu.
Tahun hadapan, kalau mengikut rencana yang sudah dirancang, akan muncul giliran Khairy Jamaluddin pula.
Sebagai seorang lulusan Oxford tentu dia mahu membukitkan bahawa dia lebih
baik dari Hishamuddin dan cuba menunjukkan keunggulannya pula. Usah
dihairankan kalau Khairy menunjukkan bunga-bunga silat pula ataupun gerak geri yang memperbodoh diri sambil melenggang kerisnya. Sebagai insan yang tidak ada bakat seorang olahragawan, lihat nanti bagaimana dia akan jatuh terperusuk dengan keris menjadi penamat kerjayanya.
Lakonan semacam itu memang akan berakhir dengan kesudahan yang dramatis
juga. Kalau terjadi perkara itu, memanglah tidak baik bagi masa depan
Khairy, tetapi mungkin baik untuk Umno, orang Melayu dan juga Malaysia. Ahli-ahli Umno dan (orang Melayu secara amnya) masih lagi taksub dengan kepercayaan mistik, dan akan melihat kejadian kemalangan semacam itu sebagai balasan tuhan, dan kerana itu kita akan terselemat daripada terus dilanda bencana gara-gara fahaman perkauman.
Kalaulah kejadian semacam itu tidak berlaku, anda boleh jangkakan banyak lagi
kelakuan yang melampau dan membodohkn diri. Apakah yang akan mereka fikirkan nanti?
Yang jelas, adalah lebih senang menonjolkan lakonan semacam itu
daripada mengemukakan pelbagai cadangan yang dapat menyelamatkan orang Melayu yang menghadapi banyak masalah hidup mereka. Tindakan semcam itu adalah terlalu memeningkan fikiran, tidak kiralah kalau mereka berkelulusan Oxford.
Keseronokan mereka dengan perkara yang remeh-temeh teranyata sepadan dengan perjalanan minda mereka yang masih mentah. Pada konvensyen Umno Johor yang terbaru, pemimpin Umno negeri, Ghani Osman, telah mencadangkan agar sistem meritokrasi dimansuhkan kerana tidak dianggap sesuai untuk
orang Melayu.
Ghani berpendapat sistem itu merugikan anak Melayu yang pergi ke sekolah luar bandar yang serba kekurangan. Kesesalan semacam itu adalah satu lagu lama
yang dimainkan sejak zaman penjajah dulu lagi. Saya telah menjangkakan
bahawa setelah 50 tahun lamanya negara ini dijajah oleh Umno, sepatutnya
mereka sudah mampu menyelesaikan masalah yang sudah lama bercendawan itu.
Tentu kita masih ingat bahawa Ghani pernah menjadi seorang dekan di
Universiti Malaya, satu ketika dulu. Aduhai......!!!!Nampkanya kalau
meritokrasi telah diamalkan di sana dulu, tentu dia tidak naik mencapai tahap akademi yang diperolehinya, patutlah dia mahu mempertahankan status quo itu.
Memusnahkan tabiat hodoh
Oleh kerana tidak melaksanakan tanggungjawab kolekitf keibubapaan yang sepatutnya menghukum Najib pada pertama kali dia melakonkan lagak
menghayun keris dulu, dan sebaliknya menggalakkan dia terus berbuat begitu, kelakuan yang hodoh itu sudah menjadi semacam satu budaya pula. Perbuatan sumbang itu sudah semcam satu penggalak kenaikan pangkat dalam kerjaya poltik Umno. Bayangkanlah kemungkinan Najib satu hari nanti akan naik menjadi seorang Perdana Menteri.
Hanya ada satu jalan untuk mencemuh perangai Umno seperti itu yakni
dengan berhenti menyokong mereka. Cara terbaik untuk menyedarkan Umno ialah menggunakan bahasa yang anggotanya boleh faham. Kita harus berterus-terang dan bersikap ganas dengan menyampaikan amaran kepada UMNO secara lantang, seperti tidak mengundi mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Sudah tidak ada masa lagi untuk kita berlemah-lembut kepada mereka.
Undi bukan-Melayu sudah menjadi undi penentu yang kritikal. Malah PAS turut memahami unsur ini, dan para pemimpin PAS sudah pandai berlembut dengan dakwah Islamia mereka dan cuba meluaskan tarikan pengaruh mereka. Seperti
yang terjadi pada muktamar yang terakhir dulu, PAS telah mengemukakan calon bukan Melayu untuk bertanding, dan ini merupakan satu anjakan pradigma dalam sikap dan pemikiran mereka.
Kalau orang bukan-Melayu melupakan Umno dan mengikut langkah ramai orang Melayu yang sudah lama membenci UMNO, calon Umno akan dapat dikalahkan. Barisan Nasional (BN) tidak perlu dikalahkan untuk melakukan perubahan besar dalam Umno. Kalau PAS dapat menang lebih banyak kerusi berbanding Umno, ini akan menghenyak pukulan maut yang melumpuhkan Umno. Budaya tuduh-menduuh akan mula membiak dan pertelagahan dalaman akan menghancurkan Umno dari dalam.
Kali terakhir Umno tergugat di pilihanraya ialah pada 1969, sehingga mencetuskan rusuhan kaum. Kalaulah Umno dijatuhkan pada hari ini, akan berlaku sambutan keriangan di Kampung Baru dan juga di Jalan Chow Kit. Satu ketika dulu Umno dilihat sebagai pelindung orang Melayu, tetapi hari ini gara-gara gaya hidup Umnoputra yang penuh kepalsuan dan beroya-foya, Umno sudah menjadi parti parasit sosial dan ekonomi negara.
Satu ketika dulu orang Melayu memang terpinggir dari segi ekonomi, Tetapi hari ini dengan adanya kelas menengah Melayu, orang Melayu akan menghadapi
jalan sukar yang sama seperti orang bukan-Melyu kalau berlaku rusuhan. Kalau berlaku rusuhan kaum anggota Umno akan saling bertuduhan, dan mencari pembalasan kerana karenah mereka secara kolekitf.
Menyongsang harapan Khairy yang sungguh naf, Umno yang lemah tidak
akan meransang rakan anggota gagasan BN untuk mencabarnya. Pilihan mereka
nanti ialah berjinak dengan PAS dan ini tidak semestinya satu kerugian kepada rakyat Malaysia. Parti politik bukan-Melayu itu mungkin merupakan pengaruh yang diperlukan untuk melentur PAS agar bersikap sederhana.
Lagipun PAS adalah satu parti politik dan bukannya satu pertubuhan Islam. Kalau harga untuk merangkul kuasa bererti mereka perlu merubah imej keIslaman mereka, sudah tentu mereka akan lakukan juga. Buat masa ini pemimpin PAS memang ternyata sungguh jujur, kerana mereka belum lagi dirasuk kemewahan politik.
Kehancuran Umno dari dalam tidak merupakan satu kerugian besar kepada orang Melayu ataupun rakyat Malaysia. Sebaliknya banyak kebaikan yang akan lahir
nanti. Sudah telalu lama Umno menjadi sebahagian penyelesaiannya. Hari ini, Umno adalah satu masalah untuk orang Melayu, bukan-Melayu dan juga Malaysia.
Kita tidak memerlukan campurtangan ghaib untuk melihat Khairy kemalangan dengan keris di tangannya untuk menyelesaikan masalah Umno. Cukuplah kalau para pengundi mengamalkan satu semangat ala keibubapaan yang amat diperlukan untuk mendisiplin parti itu.

