Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tinggal beberapa jam lagi negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Semenjak minggu lalu, raptai diadakan di Dataran Merdeka bagi memastikan tidak ada cacat cela semasa sambutan yang sebenar pada 31 Ogos ini.
Jalan Raja yang ditutup untuk mengadakan raptai di Dataran Merdeka sedikit sebanyak telah menyusahkan rakyat yang mahu ke pejabat untuk bekerja oleh kerana kesesakan jalanraya. Kesesakan jalanraya telah menyebabkan ramai yang lewat dan "punch card" mereka bertanda merah.
Namun ianya tidak disuarakan oleh kerana sikap patriotik rakyat dan sudah pasti majikan juga faham dengan situasi ini. Stesen‑stesen minyak juga memainkan peranan dalam memastikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 meriah dengan memberikan bendera percuma kepada pelanggan mereka.
JPJ pula akan menyediakan bas‑bas percuma bagi memudahkan rakyat untuk menyaksikan Sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos dan Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Tinggal beberapa jam lagi negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Semenjak minggu lalu, raptai diadakan di Dataran Merdeka bagi memastikan tidak ada cacat cela semasa sambutan yang sebenar pada 31 Ogos ini.
Jalan Raja yang ditutup untuk mengadakan raptai di Dataran Merdeka sedikit sebanyak telah menyusahkan rakyat yang mahu ke pejabat untuk bekerja oleh kerana kesesakan jalanraya. Kesesakan jalanraya telah menyebabkan ramai yang lewat dan "punch card" mereka bertanda merah.
Namun ianya tidak disuarakan oleh kerana sikap patriotik rakyat dan sudah pasti majikan juga faham dengan situasi ini. Stesen‑stesen minyak juga memainkan peranan dalam memastikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 meriah dengan memberikan bendera percuma kepada pelanggan mereka.
JPJ pula akan menyediakan bas‑bas percuma bagi memudahkan rakyat untuk menyaksikan Sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos dan Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Stesen‑stesen televisyen seperti TV 1, TV 2 dan TV 3 tidak ketinggalan dalam memainkan peranan mereka. Semenjak bermulanya bulan Ogos, hampir setiap hari dan setiap malam mereka memainkan program‑program patriotik dan sejarah kemerdekaan.
Cerita‑cerita tentang peranan Tunku Abdul Rahman, Umno, MCA dan MIC dalam perundingan dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan diputar berkali‑kali.
Apa yang menyedihkan ialah sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara dipolitikkan. Mereka hanya menyebut nama tokoh‑tokoh dari Umno, MCA dan MIC. Penghargaan tidak diberikan kepada tokoh‑tokoh kemerdekaan yang tidak bersama Umno, MCA dan MIC.
Semua boleh dipolitikkan
Tetapi ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana di Malaysia semuanya boleh dipolitikkan. Selain sejarah menuntut kemerdekaan, sukan, filem, industri muzik, agama dan banyak lagi, semuanya dipolitikkan.
Maka tidak hairanlah jika Perdana Menteri masih lagi merungut tentang sikap rakyat yang dikatakan tidak patriotik. Abdullah Ahnad Badawi mengatakan masih ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Dengan sinis beliau berkata jika rakyat Malaysia tidak mampu membeli bendera, buat sahajalah bendera.
Sebenarnya, Abdullah Badawi harus sedar bahawa di kalangan rakyat Malaysia, bukan semuanya yang buta sejarah. Malahan ramai yang tahu bahawa Sabah dan Sarawak tidak ada kena mengena dengan tarikh 31 Ogos. Jadi janganlah kerajaan marah pula jika rakyat Sabah dan Sarawak hambar dalam sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaya yang ke-50.
Mereka pasti gembira jika hari Malaysia diadakan pada 16 September. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut pada tahun 1963, secara rasminya Sabah dan Sarawak bergabung dalam Persekutuan Malaysia.
Di kalangan rakyat Malaysia, ada juga yang datang dari keturunan Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Haji Muhammad, Chin Peng, Rashid Maidin, Ustaz Abu Bakar Bakir, Abudullah CD, Samsiah Fakeh dan ramai lagi tokoh kiri tanahair, tidak kira Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.
Sudah tentu mereka ini tidak berpuas hati oleh kerana jasa ayah, ibu, abang, kakak, datuk atau nenek mereka tidak dikenang. Sedangkan tokoh‑tokoh ini semuanya telah mengorbankan hayat dan zaman muda mereka dalam perjuangan untuk memastikan tanah ini merdeka.
Malahan, Chin Peng yang pernah menerima anugerah OBE (Order of British Empire) kerana kegigihannya melawan tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun masih lagi tidak dibenarkan pulang walaupun Parti Komunis Malaya (PKM) telahpun berdamai dengan kerajaan Malaysia pada 1989.
Pengasas NAM
Samsiah Fakeh yang masih lagi hidup pada hari ini dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan keluar dan masuk hospital kerana sakit tua, sedangkan beliau turut memberi sumbangan kepada kemerdekaan negara.
Kerajaan tidak pernah memberitahu rakyat bahawa Dr Burhanuddin Al‑Helmy yang pernah bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS), telah menjadi wakil Malaya dalam persidangan Afro‑Asia pada tahun 1955 di Bandung, Indonesia yang melahirkan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
Malaysia sendiri pernah menjadi pengerusi NAM, tetapi malangnya tidak pernah memberitahu kepada rakyatnya siapakah tokoh di negara ini yang terlibat dalam mengasaskan NAM.
Sesiapa sahaja yang berjuang di luar Umno, MCA dan MIC seperti tidak layak untuk mendapat tempat dalam sejarah negara. Kalaupun dimasukkan dalam buku sejarah sekolah, cuma satu perenggan atau sebaris sahaja cerita tentang mereka.
Namun sejarah dan kebenaran tidak mudah untuk disembunyikan. Tambahan lagi pada hari ini, dengan adanya internet, semua orang dapat melayari apa sahaja maklumat yang mereka inginkan. Dan sedikit demi sedikit sejarah dan kebenaran dibuka.
Malaysia seharusnya mencontohi negara‑negara jiran yang lebih maju dalam mengangkat martabat dan tokoh‑tokoh yang berjasa kepada negara.
Di Korea Selatan, walaupun mereka berideologikan kapitalisme dan secara teknikalnya masih lagi berperang dengan Korea Utara, tokoh‑tokoh kemerdekaan yang berideologikan komunisme dan anarkisme tetap diberi penghargaan.
Yo un‑Hyung (1886‑1947) yang berideologikan komunisme dan Shin Chae‑ho (1880‑1936) yang berideologikan anarkisme tetap diangkat sebagai tokoh kemerdekaan negara dan diceritakan di dalam buku teks sejarah sekolah. Tugu untuk memperingati mereka juga diadakan dan dibuka kepada seluruh rakyat dan pelancong untuk melawat.
Sudah sampainya Malaysia berhenti untuk mempolitikkan semua perkara. Rakyat perlu diberitahu sejarah yang sebenar. Pejuang tetap pejuang. Tokoh tetap tokoh. Tidak ada apa yang harus disembunyikan walaupun mereka tidak sealiran dengan parti‑parti politik yang memerintah.
Patriotisme di kalangan rakyat Malaysia sudah pasti akan bertambah jika mereka diberitahu yang ditanah ini pernah lahir ramai tokoh‑tokoh hebat. Berhentikanlah propaganda "Malaysia merdeka tanpa darah" sedangkan semakin ramai tahu banyak nyawa terkorban dan darah yang telah mengalir demi membebaskan Negara dari penjajahan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.