Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Belum pun reda isu penternak babi di Paya Mengkuang dan isu Donal Luther Kolopita, pengadil karate dari Indonesia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggemparkan rakyat dengan insiden dua rakyat Malaysia ditembak polis sewaktu berlakunya pertembungan antara polis dengan penyokong parti pembangkang di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

Insiden yang berlaku lapan hari selepas sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 itu, dilabelkan sebagai rusuhan oleh pimpinan tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan tembakan itu kerana mempertahankan diri dari penyokong pembangkang yang dikatakan mengganas dengan menggunakan kayu, besi dan batu.

Sewaktu pengusaha ternakan babi di Melaka menghalang petugas pihak berkuasa dan jabatan kerajaan daripada melupuskan ternakan mereka - apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan dikhuatiri berlaku rusuhan - pihak polis mengarahkan para petugas tersebut supaya bersurai. Tetapi lain pula halnya dengan insiden di Pantai Batu Buruk. Kedua-dua mangsa yang terkena tembakan itu, kini masih lagi berada di hospital.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS