KOLUM | Ketika tulisan ini digarap Presiden Donald Trump terus mengancam untuk menyerang Iran. Pada masa yang sama Trump berkata rundingan diplomatik dengan Teheran berhubung program nuklearnya sedang berjalan.
Trump memberi amaran bahawa "perkara buruk" akan berlaku jika rundingan dalam pertemuan awal itu gagal.
Kapal perang AS yang "terbesar dan terbaik" sedang menuju ke Iran. Pada akhir Jan dan awal Feb ini, armada USS Abraham Lincoln telah sampai ke Teluk Parsi.
Di atas kapal induk Abraham Lincoln itu berlabuh jet-jet pejuang dan jet pengebom. Ia diiringi pula dengan tiga buah kapal pemusnah: USS Delbert D Black, USS McFaul, dan USS Mitcher.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Untuk memahami semua ini kita wajib melihat kembali bagaimana Presiden Nicolas Maduro dan isterinya di culik oleh soldadu AS di Caracas. Sebelum Maduro diculik, lautan Venezuela telah didatangi kapal perang.
Taktik yang sama sedang dilakukan oleh Trump ke atas Iran. Venezuela digunakan sebagai contoh dan amaran untuk Iran.
Apakah taktik itu akan berjaya?
Jawabnya, langkah Venezuela tidak semudah itu untuk dilakukan ke atas Iran. Penduduk Venezuela ada 34 juta, manakala Iran ada 90 juta orang.
Soldadu Iran telah diuji selama lapan tahun dalam Perang Iraq, perang 12 hari pada Jun 2025 dengan Israel dan AS masih segar.
Teknologi dan industri senjata Iran bertaraf dunia. Dron yang digunakan oleh Rusia dalam perang ke atas Ukraine datangnya dari Iran.
Masih huru-hara hingga kini
Iran memiliki senjata ketenteraan yang besar dan dibangunkan sendiri. Iran memiliki lebih 3,000 peluru berpandu balistik. Iran membina kapal laut dan kapal selam sendiri. Sistem pertahanan laut, darat dan udara telah diduga.
Hakikatnya tidak semudah Manchester United mengalahkan Harimau Malaya.
Wajib difahami rancangan AS untuk menyerang Iran ini adalah rancangan lama Zionis Isreal. Hal itu kerana jika dikaji akan jelas kelihatan Iran tidak – saya ulangi – tidak mengancam keselamatan AS.
Jika Iran tidak mengancam keselamatan AS, kenapa Iran perlu diserang?
Jawabnya amat mudah. Kerajaan Republik Islamik Iran wajib diruntuhkan. Iran wajib dimandulkan bagi memastikan tidak ada satu pun negara di wilayah Timur Tengah memiliki keupayaan tentera dan ekonomi yang dapat menandingi Isreal.
Justeru negara Arab Mesir yang memiliki bala tentera terbesar telah dimandulkan dengan Perjanjian Camp David 1973. Pada 1994 Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) di bawah pimpinan Yasser Arafat berjaya dimandulkan dengan Perjanjian Oslo.

Kerajaan Iraq di bawah pimpinan nasionalis Saddam Hussein musnah pada 2003. Pada 2011 tentera Nato bersama AS menyerang Libya. Kerajaan Muamar Gadaffi runtuh.
Hingga kini Libya masih huru-hara.
Pada Dis 2024 kerajaan nasionalis Syria di bawah pimpinan Bashar al-Assad pula runtuh.
Kejatuhan dan pemandulan negara-negara nasionalis Arab ini semuanya dirancang dan disusun oleh Zionis Israel.
Negara Arab seperti Jordan, Saudi dan Arab Telok adalah budak suruhan AS. Negara-negara itu menjadi barua kepada Zionis Israel. Tanpa sokongan Washington kerajaan Saudi dan Jordan ini sudah lama lupus.
Wajib tunduk ke Tel Aviv
Palestin adalah punca perang dan perbalahan di wilayah tersebut. Sebaik saja negara pendatang Isreal diwujudkan pada 1948 maka wilayah Timur Tengah menjadi tidak aman.
Wajib disedari bahawa 30 tahun dulu Benjamin Netanyahu telah merancang satu strategi yang diberi nama A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm. Ia adalah dokumen dasar 1996 yang disediakan untuk Netanyahu oleh kumpulan pemikir kaum Zionis di AS.
Kajian itu diketuai oleh Richard Perle. Ia menganjurkan peralihan daripada "keamanan menyeluruh" kepada strategi keseimbangan kuasa tradisional, termasuk menyingkirkan Saddam dan menjatuhkan kerajaan Syria serta mewujudkan negara-negara Arab yang Pro-AS dan pada masa sama berkawan dengan Israel.
Siapa Perle?
Dia ialah penasihat politik neokonservatif yang terkenal. Dia juga pakar dalam keselamatan negara. Perle merupakan arkitek utama Perang Iraq 2003. Bersama Paul Wolfowitz kawan baik Anwar Ibrahim, dia merancang kejatuhan Saddam.

Perle pernah menjadi Penolong Setiausaha Pertahanan AS di bawah pentadbiran Ronald Reagan (1981–1987) dan mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Lembaga Dasar Pertahanan (2001–2003) untuk pentadbiran George W Bush
Hakikatnya strategi Clean Break mahu agar Israel menjadi hegemon – kuasa mutlak – terkuat di Timur Tengah. Negara lain wajib tunduk kepada Israel.
Isreal juga memasang niat untuk mendirikan apa yang dipanggil Greater Israel – Isreal Raya.
Israel Raya (Eretz Yisrael HaShlema) ialah konsep kaum Zionis yang merujuk kepada visi wilayah Israel yang diperluas. Isreal Raya ialah sebahagian daripada ajaran agama Yahudi dan kitab Taurat.
Wilayah Isreal Raya termasuk Tebing Barat, Gaza, dan bahagian negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan Mesir.
Beli pengaruh di media
Hari ini pemerhati dan penganalisis politik sama ada yang anti-AS mahupun pro-AS bersetuju bahawa dasar luar Rumah Putih sedang dikemudikan oleh Tel Aviv.
Lalu persoalan timbul: bagaimana Israel itu berjaya menjadikan AS sebagai kuda tunggangan? Mengapa pentadbiran kerajaan AS – sam ada Demokrat atau Republikan – terus mengikut telunjuk Israel?
Mengapa soldadu AS dan soldadu Nato sanggup mati untuk mempertahankan Israel?
Jawabnya amat mudah. Sistem demokrasi elektoral pemilihan perwakilan ke punca kuasa di AS membolehkan kaum Zionis menguasai badan politik negara tersebut.
Untuk menjadi presiden, untuk menjadi anggota Kongres, Dewan Perwakilan atau gabenor malah datuk bandar, individu terbabit perlu dicalonkan untuk bertanding. Pertandingan memerlukan dana.
Di situlah masuknya jarum Zionis.
“Lobi Israel" ialah gabungan individu dan organisasi yang menyokong Republikan atau Demokrat. Lembaga seperti AIPAC (American Isreal Public Affairs Comittee), Christians United for Israel, dan pelbagai badan pemikir — semuanya berusaha untuk mempengaruhi dasar luar AS agar menyokong Israel.

Ia beroperasi dengan mempengaruhi Kongres, membentuk wacana awam, dan menentang pengkritik dasar Israel.
Sosok bilionair Yahudi Zionis dan jutawan yang kaya-raya di AS akan menghulur jutaan dolar dana untuk berkempen. Dana digunakan untuk membeli pengaruh melalui iklan di media.
Media AS dan media Barat tidak berani mengkritik Israel. Antisemitik dan sejarah Hitler akan mengikat media untuk terus bersimpati dengan Isreal.
Lihat saja laporan berat sebelah media tentang Perang Gaza yang sedang berlaku.
Media arus perdana AS seperti New York Times, Washington Post dan CNN secara sejarah telah memberikan garis simpati yang lebih besar kepada pandangan Israel berbanding pandangan Palestin.
Malah banyak media di dunia ini dimodal oleh kaum Zionis. Lihat bagaimana media pro-Isreal melaporkan pemilihan Datuk Bandar New York baru-baru ini.
Jawapan menjanjikan dari Iran
Zohran Mamdani bukan saja dipanggil sosialis komunis malah dicap sebagai Mamdani Jihadis.
Pengaruh Zionis Israel kuat sekali. Warga dunia terperanjat ketika dalam berkempen Mamdani memberitahu dunia bahawa anggota polis New York (NYPD) mendapat latihan di Isreal.
Begitulah kuatnya pengaruh Zionis dalam badan politik AS.
Calon yang diberi dana oleh kaum Zionis - jika menang dalam pemilihan – akan terus mengajukan dasar Utamakan Israel (Isreal First).
Ketika tulisan ini digarap telah diberitakan rundingan antara di Teheran dengan Washington sedang berjalan. Awalnya Ankara memainkan peranan.
Kini dilaporkan rundingan berjalan di Oman. AS diwakili oleh menantu Trump, Jared Kushner dan Steve Witkoff, manakala Iran diwakili oleh menteri luarnya, Abbas Araqchi.
Pada masa yang sama Iran bersiap siaga untuk menghadapi apa sahaja langkah Rumah Putih. Sistem pertahan Iran hanya menunggu arahan dari Ayatollah Khamenei.

Wajib diingat pada Jun 2025 Iran diserang oleh AS dan Israel ketika rundingan berjalan di Qatar. Ia menjadikan Iran terus berhati-hati apabila menjalankan perundingan dengan AS.
Jika serangan berlaku AS tidak akan membawa masuk soldadu mereka ke Iran. AS akan mengebom Iran dari laut dan udara untuk memusnahkan apa yang dipanggil makmal nuklear Iran.
Ejen Mossad, CIA, dan MI6 akan diarah untuk membunuh ramai pemimpin politik Iran. Apakah Ayatollah Khamenei akan diculik seperti Maduro?
Jawapan Iran lebih mudah dan menjanjikan.
Semua pangkalan yang ada soldadu AS di Timur Tengah akan diserang.
Armada AS di Telok Parsi akan menjadi sasaran. Panglima Angkatan Tentera Iran, Majer Jeneral Amir Hatami, berkata: “Kali ini kami akan melawan habis-habisan.”

Ia bermakna Isreal akan menjadi sasaran utama. Peluru berpandu dan rudal Iran akan menyerang Tel Aviv. Pengalaman Perang 12 Hari telah memberi banyak ilmu pengetahuan dan strategi baru untuk Iran.
Paling akhir Iran akan menutup Selat Hormuz yang menjadi tempat 20 hingga 21 juta tong minyak mentah melintas setiap hari. Ia bersamaan dengan 20 peratus hingga 25 peratus aliran minyak mentah yang diperlukan oleh dunia setiap hari.
Jika Selat Hormuz ditutup harga minyak akan melonjak naik ke AS$500 satu tong. Dunia akan akan jadi huru-hara.
Persoalan timbul – apabila keadaan itu berlaku, apakah Zionis Israel akan meledakkan bom nuklear?
Tunggu minggu hadapan. Amin.
HISHAMUDDIN RAIS ialah aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
