Ketika artis lain sibuk dengan isu royalti, kumpulan Efek Rumah Kaca sebalikya terus membiarkan lagu mereka dimainkan secara percuma.
Band dianggotai Cholil Mahmud sebagai pemain gitar merangkap vokalis serta Adrian Yunan Faisal (bass) dan Akbar Agus Sudibyo (dram) dilaporkan masih belum cukup mengambil berat mengenai peraturan hak cipta di Indonesia,
Namun bagi Cholil, dia beranggapan bukan kumpulannya saja yang belum mahir dengan peraturan itu.
"Rasanya banyak lagi band indie yang macam kami," katanya.
Pada masa sama Cholil juga mengakui Efek Rumah Kaca belum mendaftarkan karya mereka untuk disenaraikan di bawah peraturan yang sedia ada.
Cholil berkata secara peribadi dia tidak begitu memikirkan isu berkenaan.
"Andai lagu kami digemari ramai, saya sudah cukup puas," katanya.
Cholil yang mendapat pendidikan di New York itu berkata, dia juga berlembut dengan mana-mana pihak yang memainkan lagu Efek Rumah Kaca.
Katanya kini adalah era teknologi maklumat yang membolehkan pelbagai pihak berkongsi informasi dengan bebas.
"Justeru, mengapa kita tidak boleh saling berkongsi?" katanya.
