Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aktivis temui versi lain filem G30S PKI
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Ditayangkan kepada umum saban tahun, filem propaganda kerajaan Penumpasan Pengkhianatan G30S PKI namun kini aktivis Forum Lenteng, Hafiz Rancajale menemui versi lain karya berkenaan.

Kata Hafiz, berdasarkan penelitiannya filem berkenaan dihasilkan oleh tentera dan dibuat pada 1970-an.

Menurutnya, filem versi lain itu ditemui di Arkib Kebangsaan dirakam ada filem sepanjang 15 minit.

"Padanya ada petikan sepanjang dua minit, iaitu agedan tentera menyerbu rumah Jeneral A H Nasution," katanya.

Seperti filem rasmi yang ditayangkan, peristiwa itu juga memaparkan cubaan membunuh jeneral berpengaruh itu.

Bezanya, kata Hafiz, pada versi yang tersimpan di arkib itu watak A H Nasution digambarkan sedang mengintip sebelum tembakan dilepaskan.

"Saya rasa rakaman ini menjadi rujukan untuk Arifin C Noer ( gambar ) menghasilkan filem penuh yang mula ditayangkan pada 1984," katanya.

Mungkin lakonan semula

Penumpasan Pengkhianatan G30S PKI adalah filem tajaan kerajaan Suharto berdasarkan versi rasmi mengenai cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan penentang dilabel sebagai "komunis".

Filem itu menggambarkan detik menjelang kudeta dan beberapa hari setelah peristiwa tersebut berlaku.

Dalam suasana huru-hara, enam jenderal diculik dan dibunuh oleh anggota Parti Komunis Indonesia dan Angkatan Udara Tentera Indonesia, kononnya untuk mencetuskan kudeta terhadap Presiden Sukarno.

Jenderal Suharto muncul sebagai tokoh yang menghancurkan gerakan kudeta tersebut.

Filem itu dicalonkan untuk tujuh kategori dalam Festival Filem Indonesia 1984 tetapi hanya menang satu.

Ia juga diuar-uarkan sebagai filem paling mendapat tontonan ramai walaupun dalam banyak keadaan, orang awam diarah untuk menontonnya.

A H Nasution - atau nama sebenarnya Abdul Haris Nasution adalah pegawai tinggi tentera yang menjadi antara sasaran PKI, namun dalam kejadian serangan ke rumahnya itu, anaknya terbunuh.

Kata Hafiz, rakaman yang tidak diketahui asal-usulnya itu mungkin cubaan lakonan semula kejadian pada 1965 itu.

“Artinya, sejarah yang selama ini kita ketahui adalah satu bentuk penciptaan semula," katanya.

Penemuan itu juga, kata Hafiz, bukan mudah.

Dia menghabiskan masa antara dua hingga tiga bulan menyelongkar arkib dan menelan biaya sehingga Rp3 juta (RM596).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS