Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Idearaya meraikan isu terpinggir serantau
Diterbitkan:  Sep 10, 2015 6:18 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Soal hak asasi, sejarah, falsafah, budaya ekonomi dan ekologi - itulah keutamaan Festival Idearaya 2015 yang bercadang untuk mengangkat isu-isu terpinggir di sekitar Asia Tenggara.

Menampilkan penggerak kebudayaan, pengkarya seni, ahli sastera, cendekiawan, kolektif dan aktivis akar umbi, Festival Idearaya 2015 memulakan penganjuran sulung di Laman Budaya Shah Alam pada 12 dan 13 September ini.

Penyelaras publisitinya, Maryam Ramli Lee berkata, sepanjang program berlangsung pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti seperti forum, syarahan, tayangan, diskusi, bengkel, persembahan dan pameran seni.

"Ada tujuh siri forum ilmiah dan tayangan filem. Orang ramai boleh menyertai program lain seperti bengkel kewartawanan, puisi, falsafah kanak-kanak dan bengkel alat muzik.

"Idearaya juga turut menampilkan pameran Diaspora oleh tiga karyawan muda serta pameran fotografi spora untuk meraikan seni sebagi tunjang utama festival ini," katanya kepada Malaysiakini .

Mengulas mengenai penganjuran program, Maryam berkata, Idearaya digerakkan tujuh kumpulan yang bergabung tenaga termasuk di kalangan penggerak indie yang pernah disenaraikan secara negatif oleh Biro Tatanegara dalam slaid "Gerakan Indie di Malaysia".

"Mereka adalah Universiti Terbuka Anak Muda, The Sponsorship Movement, Kuliah Buku, Pusat Kajian dan Apresiasi Filem, Kelab Filem Bangsar, Frinjan dan Buku Jalanan.

"Melalui Idearaya ini kami cuba menjadikan ia medan mencetus idea dan menggerakkan masyarakat akar umbi untuk proses pemberdayaan berterusan.

"Ia satu festival terbuka dan percuma untuk semua dan dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor," katanya.

Tambah Maryam, pihaknya menyasarkan lebih 2,500 pengunjung - khususnya di kalangan anak muda dan mahasiswa - selain masyarakat setempat.

Lihat Komen
ADS