Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Facebook adalah salah satu wadah sosial kontemporari yang boleh kita digunakan untuk berkomunikasi dan mencurahkan pandangan kita kepada pihak lain pada zaman ini.

Walaupun begitu kita mungkin boleh bertanya: Siapakah yang akan membaca bahan yang kita curahkan itu?

Bagaimana pula jika bahan yang dicurahkan melalui abjad dan kata-kata itu dijadikan sebuah lukisan?

Adakah mungkin kita dapat menggunakan gambar atau lukisan untuk mencurahkan perasaan?

Secara umum, seni boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk manusia berkomunikasi. Matlamatnya adalah mencurahkan perasaan atau menyatakan pandangan kita terhadap sesuatu.

Menurut MDG Advertising - sebuah agensi pengiklanan dan pemasaran yang mahir dalam reka bentuk bahan cetak, web dan grafik - sebanyak 94 peratus orang akan memberi reaksi terhadap sesuatu mesej yang diiringi dengan imej berbanding teks atau perkataan.

Curah hati secara langsung

Hal ini demikian kerana, sebanyak 65 peratus orang lebih mudah mempelajari (atau menerima) mesej yang dipancarkan melalui proses komunikasi melalui bahan visual.

Bagi saya, menyampaikan pandangan menjadi lebih mudah - dan berkesan - jika ia dilakukan melalui kolaj atau lukisan.

Kolaj (atau lukisan) adalah bahan untuk saya berkomunikasi dan membolehkan idea, pandangan atau perasaan saya ditampilkan untuk dikongsi bersama masyarakat.

Mungkin ada yang melihat "seni" dengan prejudis, namun bagi saya, "seni" sangat penting dalam hidup seseorang.

Melalui "seni" seseorang boleh mencurahkan isi hati dengan secara langsung.

Ketika ini juga terdapat terdapat banyak institusi perubatan yang telahpun menggunakan seni untuk pesakit mencurahkan perasaan mereka melalui teknik visual.

Seni juga adalah salah satu cara untuk memulihkan perasaan seseorang yang tidak pernah meluahkan apa yang terkandung dalam fikirannya.

Luahan perasaan ini - walaupun peribadi - dapat menolong seseorang individu untuk memulihkan perasaan mereka terhadap sesuatu.

Bagi saya, ia telah membantu saya menghadapi cabaran-cabaran saya dengan menggunakan teknik teknik seni melalui kolaj.


NURUL HANA ANWAR seorang penuntut yang kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di AS. Beliau baru saja menghasilkan buku berbentuk koleksi kolaj berjudul Sayang Buat Papa

Lihat Komen
ADS