Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mengapa polis tunggu Nikita, Puty bogel
Diterbitkan:  Dec 23, 2015 4:23 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Selepas hampir dua minggu ditangkap, media Indonesia melaporkan penangkapan Nikita Mirzani dan Putty Revita rupa-rupnya dibuat hasil maklumat daripada seorang bapa ayam.

Berdasarkan kenyataan Robby Abbas, polis Jakarta merancang operasi penyamaran khas bagi merungkai jaringan sindiket pelacuran kelas atasan.

Pada 10 Disember lalu di sebuah hotel lima bintang di tengah Jakarta, dua polis menyamar sebagai lelaki hidung belang dan mengumpan kedua-dua selebriti berkenaan.

Hasil 'rundingan' mereka kemudian dibawa ke sebuah bilik dan bersedia untuk mengadakan hubungan seks sebelum anggota polis menyerbu dan membuat tangkapan.

Pengarah Pendakwaan Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Umar Surya Fana memberitahu, operasi itu dirancang dengan teliti bagi memastikan semua aspek perundangan dipatuhi.

Justeru, katanya, tidak berbangkit isu Nikita dan Puty ( gambar ) ditahan dalam keadaan bogel kerana bukti secukupnya perlu diperolehi sebelum tindakan tangkapan dibuat.

"Operasi penangkapan dibuat setelah artis yang diingini masuk ke bilik. Namun polis tidak segera memperkenalkan diri kerana kami perlu menunggu sehingga detik mereka membuka pakaian.

"Keperluan undang-undang memang begitu, namun tidak sehingga mereka melakukan hubungan seks," katanya.

Mengenai dua suspek - dikenali sebagai O dan F - Umar berkata, mereka ditangkap ketika menawarkan Nikita dan Puty sebagai penghibur nafsu di hotel berkenaan.

Polis masih memburu seorang lagi lelaki - dikenali sebagai A - kerana disyaki menjadi sebahagian daripada rangkaian sindiket pelacuran berkenaan.

Untuk makluman, Robby kini sedang menjalani hukuman penjara selama 16 bulan sejak Oktober lalu atas kesalah menjadi bapa ayam.

Dia tidak dihukum penjara lebih lama kerana pendakwa berpendapat, ketika dibicarakan Robby bersikap "jujur" dan berterus terang memberi keterangan.

Seorang saksi yang juga pelacur di bawah jagaan Robby turut memberi keterangan, mereka tidak dipaksa menjual diri sebaliknya melakukan aktiviti itu secara rela .

Lihat Komen
ADS