Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ola Bola dapat RM2.5 juta dalam 4 hari
Diterbitkan:  Feb 2, 2016 12:19 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Filem Ola Bola yang mula ditayangkan 28 Januari lalu berjaya meraih meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta hanya dalam tempoh empat hari.

Ola Bola ditayangkan di 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holding Bhd, Henry Tan, inti pati yang dipaparkan menerusi filem itu mempunyai kesinambungan dari segi mesej dan hiburan.

Ola Bola bukan hanya mengenai aksi bola sepak, filem itu sesuai ditonton semua lapisan masyarakat kerana ia menampilkan semangat dan perpaduan rakyat di Malaysia.

“Dalam mengajar masyarakat mengenai perpaduan, Ola Bola turut menyelitkan aksi komedi dan gelagat lucu,” katanya.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu mengimbau kembali kenangan manis pasukan bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow Russia pada 1980.

Ia dibarisi pelakon Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho dan Frankie Lee.

Menurut Tan, filem yang diarah Chiu Keng Guan itu mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.

Ola Bola membawa impak besar di media sosial dan menjadi trending di Twitter sebanyak enam kali.

“Filem ini juga menerima pujian dari sudut kualiti produksi, muzik dan sinematografi,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS