Bekas bintang filem porno terkenal Jepun, Maria Ozawa, menjelaskan beliau tidak pernah menyesal menceburi bidang pornografi sebagai kerjayanya.
Tampil sebagai tetamu undangan pada program anjuran TED di Newport Performing Arts Theater, Ateneo de Manila University, Filipina, Maria menyatakan pilihan dilakukan itu banyak mengubah hidupnya.
Malah, walaupun bidang pilihan itu ditentang keluarga dia berjaya mengejar impian dan kini menjadi tokoh idola filem dewasa (AV).
"Saya telah berjuang, kehilangan keluarga dan rakan-rakan semata-mata untuk mengejar impian menjadi seorang yang terkenal.
"Sebagai seorang tokoh AV, ia telah membawa saya ke banyak tempat di dunia ini," katanya ketika berucap di hadapan sekitar 1,500 pelajar universiti tersebut.
Maria yang kini berusia 30 tahun merupakan wanita keturunan campuran Jepun, Perancis dan Kanada.
Dia mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah antrabangsa di Akademi Kristian Jepun.
Lebih peluang di luar
Menurut Maria, hidupnya bukan bermula dengan indah, sebaliknya begitu sukar apabila bapanya merupakan seorang mubaligh.
"Tapi saya tidak pernah menyesal, bahkan jika saya bukan seorang idola AV, saya tidak akan berada di sini sekarang," katanya yang baru menyiapkan penggambaran filem di Filipina, tahun lalu.
Selain berlakon filem lucah, Maria juga pernah muncul dalam filem Indonesia, Menculik Miyabi, pada 2010.
Miyabi adalah nama lain untuk Maria dalam industri AV.
Sementara itu, Maria turut mencadangkan kepada rakan dalam bidang tersebut supaya pergi ke luar negara yang diyakini lebih memberi banyak peluang dalam kerjaya seni.
Maria Ozawa recounts losing family in exchange for being famous https://t.co/4jzeijJGch | @AHeginaINQ pic.twitter.com/KQ9SnmjTT5
— Inquirerdotnet (@inquirerdotnet) March 14, 2016
