Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syarikat M'sia dapat hak terjemah DC Comics
Diterbitkan:  Apr 22, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: Apr 24, 2016 9:32 AM

Untuk pertama kali dalam sejarah, DC Comics menjual hak terjemah katalog kepada sebuah syarikat penerbitan di Malaysia, Fixi.

Mereka memperkenalkan label baru Grafixi khusus untuk penerbitan novel grafik.

Pengasas Buku Fixi Amir Muhammad berkongsi kegembiraan itu menerusi kenyataannya di akaun Facebook.

“Kini kami sudah menerbitkan terjemahan DC Comics, masih banyak lagi perkara menarik yang bakal dikongsikan.

“Sebenarnya saya adalah peminat Prince untuk runut bunyi Batman dan hanya selepas itu baru timbul minat menonton filem berkenaan dan seterusnya berlangsung hingga membeli komik,” katanya.

Menurut kenyataan Fixi, proses untuk mendapatkan hak terjemahan mengambil hingga beberapa bulan lamanya.

Untuk edisi awal terjemahan, ia dimulakan dengan Batman & Superman: Public Enemies dengan 160 muka surat.

Judul kedua di pasaran adalah Supergirl dengan 168 muka surat.

Lihat Komen
ADS