Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Angelina geleng kepala, pejam mata kenang Trump
Diterbitkan:  May 21, 2016 6:24 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Aktres dan pembikin filem Hollywood Angelina Jolie secara terbuka menyelar pendekatan Donald Trump menangani krisis pelarian Muslim di AS semasa membuat lawatan di London baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai pendekatan Trump, isteri kepada pelakon Brad Pitt itu terus memejamkan mata sambil menggeleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan sikap hartawan AS itu.

“AS terbentuk apabila manusia datang dari segenap pelusuk dunia demi kebebasan, terutama agama.

“Amat sukar untuk menerima pendirian Trump yang bertanding sebagai calon presiden itu,” katanya.

Menurut laporan CNN, Angelina, 40, ditemui di majlis anjuran BBC. Dia menyertai acara itu sebagai Duta Khas Pesuruhjaya Tinggi Untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Trump mengambil pendekatan kontroversi dengan mengharamkan kemasukan pelarian Muslim ke AS sejak tahun lalu sebagai bahan pelaris kempennya menjadi calon Presiden AS daripada Republikan.

Trump berbuat demikian selepas berlakunya serangan berdarah di California dan Perancis.

Bagaimanapun, cadangan bekas hos siri realiti TV The Apprentice itu dikecam hebat oleh ramai ahli politik dan juga selebriti termasuk George Clooney, Jennifer Lawrence dan terbaru Angelina.

Sebagai antara ikon yang aktif menjalankan kerja-kerja kemanusiaan, Angelina bukan lagi seorang yang asing kepada 60 juta pelarian dari seluruh dunia.

Selain menjadi sukarelawan, pelakon Girl Interrupted itu pernah mendermakan AS$1 juta (RM4 juta) demi kemanusiaan.

Angelina yang terkenal sebagai aktivis politik turut mengambil kesempatan itu membandingkan situasi berkenaan sama seperti Perang Dunia Kedua dengan menyatakan “buat kesekian kali, demi kelangsungan generasi akan datang dunia harus bekerjasama untuk mengatasi ketakutan terhadap migrasi.”

Menurutnya, dana bantuan yang diberikan kepada pelarian secara drastik berkurangan dan sistem yang menangani isu itu semakin melemah.

“Bagi saya, situasi itu berlaku bukanlah kerana kecacatan sistem atau pelarian yang berkelakuan tidak menentu tetapi disebabkan bilangan konflik dan skalanya semakin membesar,” katanya.

Lihat Komen
ADS