Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelukis Syria gambarkan Trump, Putin pelarian
Diterbitkan:  Jun 14, 2017 12:45 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Seorang pelukis Syria membayangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan 10 pemimpin lain sebagai pelarian dalam siri lukisan yang kini sedang dipamerkan di Dubai.

Pelukis itu, Abdalla Al Omari yang memegang status pelarian di Belgium berkata, pengalamannya sendiri yang tidak mempunyai tempat tinggal telah mencetuskan idea untuk menghasilkan The Vulnerability Series.

Dalam siri itu, Trump digambarkan sebagai pelarian yang memegang seorang budak kecil, membawa barangan peribadi dan segulung tikar di bahunya sambil memegang sekeping gambar keluarga pada tangan kanannya.

Selain Trump, Abdalla turut memuatkan wajah Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Bashar Al Assad dalam siri lukisannya.

Putin yang mengarahkan angkatan tenteranya menjalankan serangan udara di kawasan Syria yang ditakluki pemberontak digambarkan sebagai orang merempat.

Sementara Bashar pula, tubuhnya kelihatan separuh dan pada bahagian bawah badannya ditenggelami air, di samping sebuah sampan yang diperbuat daripada kertas untuk membantunya.

Dalam sebuah lukisan bertajuk The Queue, tiga tokoh penting iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Presiden Iran Hassan Rouhani dan bekas Presiden AS, Barack Obama digambarkan berdiri dalam barisan orang ramai yang tidak berpenghujung sedang menanti pemberian makanan.

Walaupun sebanyak 90 peratus daripada siri itu meraih reaksi positif, Abdala juga menerima kritikan yang sama banyak.

“Manusia kadang-kala terlalu memuja pemimpin politik mereka. Mereka tidak mahu melihat ahli politik itu kehilangan pangkat. Ramai orang tidak boleh melihat mereka lemah,” katanya.

Menurut pelukis itu lagi, niatnya bukan untuk menunjukkan sikap kurang hormat terhadap pemimpin dunia, tetapi untuk “menggalakkan mereka kembali kepada kemanusiaan.”

"Entah macam mana matlamat saya berubah dari ekspresi marah membuak- buak kepada keinginan lebih jelas untuk menghasilkan ciptaan yang menggambarkan mereka di luar kedudukan kuasa,” katanya.

Lihat Komen
ADS