Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dua filem tempatan diharamkan tahun lepas
Diterbitkan:  Sep 7, 2017 11:46 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Dua buah filem tempatan gagal melepasi syarat Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi tayangan di pawagam tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dua filem edaran Kedutaan Jerman itu – Bite dan Syndicate – mempunyai elemen memburuk-burukkan kerajaan dan menghina Malaysia.

Katanya, filem Bite menggambarkan sikap penjawat awam di Malaysia yang tidak bertanggungjawab serta terbabit melakukan pencabulan seks ke atas kanak-kanak hingga membunuh.

Penceritaan Syndicate pula didakwa mempertikaikan penemuan dan keputusan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen ketika menjawab Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN- Setiawangsa) yang mahu tahu jumlah filem yang tidak melepasi penapisan negara sepanjang 20016.

Beliau juga mahu satu sama ada syarat penapisan akan diperketat.

LPF menapis 1,874 filem tempatan dan luar negara tahun lalu.

Selain Bite dan Syndicate, lapan lagi filem turut diharamkan tayangan.

Tiada maklumat lanjut berkaitan dua filem yang diharamkan itu.

Sementara, filem Singapura Fundamentally Happy yang dilakonkan aktres Malaysia Adibah Noor turut diharamkan kerana mengandungi elemen bertentangan agama Islam, adat, budaya dan menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu Malaysia.

Bercakap kepada Malaysiakini sebelum ini, Adibah beranggapan filem itu haram ditayangkan kerana sikap orang Melayu yang “cepat sentap.”

Cerita arahan Tan Bee Thiam dan Lei Yuan Bin itu yang mengisahkan karakter lelaki Melayu, kanak-kanak Cina dan wanita bertudung labuh serta isu pedofilia itu dianggap kurang sesuai untuk ditayangkan di pawagam negara ini.

Antara filem lain diharamkan adalah filem Perancis Timbukt yang tidak sesuai dengan agama dan budaya Islam serta filem India Tere Bin Laden - Dead or Alive yang mengeksploitasi peristiwa pembunuhan Osama Laden berdasarkan fakta rekaan dan memperlekeh pemimpin Amerika ketika itu Barrack Obama.

Filem-filem lain diharamkan, termasuk daripada Hong Kong dan Amerika Syrikat dan India kerana unsur seksual dan keganasan melampau yang dipaparkan.

Lihat Komen
ADS