Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Chef Wan tolak tawaran berkempen untuk PRU
Diterbitkan:  Dec 25, 2017 7:16 PM
â‹…
Dikemaskini: 12:21 PM

Chef terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menceritakan kisahnya didatangi pemimpin politik Umno dan juga pembangkang yang memintanya membantu kempen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Sangat lucu, siapalah punya kerja ini. Dah nak pilihan raya esok entah apa lagi yang pelik akan keluar," katanya di instagram ketika mengongsikan gambar baju yang tertera 'all I want for Christmas is a new prime minister' (permintaan saya pada Krismas kali ini adalah perdana menteri baru).

"Oh ya, saya telah didekati oleh kedua-dua pihak iaitu Umno dan pembangkang untuk bersama dalam kempen mereka, kononnya satu kampung nanti datang tengok Chef Wan," katanya.

Bagaimanapun, dia menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu dipergunakan oleh mana-mana parti politik.

"Saya cakap, siapalah saya ini hanya tukang masak bukan artis pun. Jika nak bertanding jadi perdana menteri tak apa juga.

"Ini setakat nak mempergunakan saya semasa pilihan raya, tak payahlah," katanya lagi sambil memetik pepatah Melayu 'gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah'.

Nanti semua minta maaf pada Dr M

Katanya lagi, dia risau apabila melihat "permainan kotor" dalam politik di mana seseorang yang disanjung golongan tertentu boleh dibenci oleh golongan sama sekelip mata.

"Tengok sahaja macam Tun Dr Mahathir Mohamad, apa yang mereka tak kata kat dia?

"Esok bila 'orang tua' itu sudah meninggal, mereka semua akan mohon maaf dan berikan penghormatan terakhir. Tetapi sudah terlambat.

"Tentulah masing-masing ada perbezaan politik tetapi mengapa terlalu kuat dengan kebencian dan dendam?" soalnya lagi.

Justeru, dia yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Seni Kulinari oleh universiti Utara Malaysia (UUM) November lalu berkata memang tidak berminat dengan politik, tetapi hanya mahu melakukan kebaikan.

"Tak kuasa nak main drama minggu ini...Menjadi jujur dan buat perkara yang betul sudah cukup untuk saya."

Menteri datang dan pergi

Chef Wan turut menceritakan kisah seorang bekas menteri yang ketika memegang jawatan itu menunjukkan sikap "berlagak dan sombong".

Selepas tidak berjawatan, katanya lagi, individu tersebut ketika ditemuinya di beberapa acara tidak lagi disapa sesiapa.

"Pergi majlis terkebil-kebil duduk di satu sudut, siapa pun tak layan...Allah bayar cash," katanya lagi.

walapun tidak berminat dengan politik, Chef Wan tetap menggesa rakyat Malaysia agar keluar mengundi pada PRU akan datang.

"Jalani hak itu dengan bijak. Tiada siapa dapat merebut hak itu daripada kita," katanya lagi.

 

Isnt this so funny la....siapa la punya kerja ni. Dah nak election ni esok entah apa lagi yg pelik2 akan keluar pun. Ohhh yes i was approached both by Orang2 Umno mau pun opposition to go on their various campaign konon satu Kampong nanti dtg nak tengok CW. I said " La siapa la saya ni hanya tukang masak bukan artist pun. Jika nak bertanding jadi PM tak pe la. Ini setakat nak perguna kan saya masa election ni tak payah la. Gajah dgn gajah nak berperang kita nak tersepit untuk apa? Politics can be such a filthy game. Hari ini org suka kita depa sanjung! Esok just look at Tun M tu apa yg mereka tak luta kan dia? Esok meninggal org tua tu tengok la they all will come back to mohon maaf dan pay their respect dan segalanya. Its too late. Off course masing2 dgn political diff mereka buy why so vicious with hatred dan vengence. I find such behaviour so disgusting. The hippocrisy in manusia ini. Some tak ada princip dah mcm lalang pun ya. So i rejected all offer as i am not into Politics either. I believed as Malaysian we all have the right to vote. Exercise that right wisely enough said! Hak itu no want can take from us. Tak kuasa nak main drama minggu ini pun atau melayan segala filthy game manusia ini. Be honest and do the right thing sudah lah for me. Allah will eventually help us to see everything. Saya percaya kuasa Allah. Sometime dia diam...nak tengok sejauh mana tupai2 itu boleh melompat. Tiba masanya akan jatuh ke bumi pun. Politician2 baik Menteri come and go these days. Nasib baik di pilih rakyat u up there la. Esok dah jatuh kebawah tiada siapa yg peduli kita di tepi jalan pun kemungkinan jadi. I used to see alot this particular x Minister of Tourism at many social events. Masa berjawatan punya la berlagak dan sombong. Tapi bila habis election masing2 kena gulung tikar bantal. Pi function terkebil kebil duduk2 one corner siapa pun tak layan. Some of the people i met siap kata lagi.. Tu besar Cilaka yr x Minister of Tourism tu! Saya terkejut who is he talking about ni? Sekali pusing baru nampak si mangkuk berhayun ini!🤣🤣 People just snub and ignore him? Hati saya kata la...kesian and i went over to talked to him lagi! Kesian..Allah bayar cash!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Lihat Komen
ADS