Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Idham pertikai tayangan serentak Dukun dan Qhaliq

Pengarah dan Penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri mempersoalkan mengapa filem yang tertangguh selama 12 tahun, Dukun ditayangkan serentak dengan filem Qhaliq Khamis ini.

Katanya setiap filem yang akan ditayangkan akan melalui proses tertentu seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan syarat wajib tayang. Selain itu penerbit juga akan dimaklumkan mengenai filem yang akan ditayangkan serentak ketika itu.

Bagaimanapun katanya, Dukun masuk tayangan saat akhir dan beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Kenapa filem Dukun masuk terlalu saat akhir tanpa pemberitahuan yang nyata pada penerbit lain tanpa melalui syarat wajib tayang yang penerbit lain lalui.

“Kita tak ada isu takut bersaing tapi filem ini datang cara tak biasa dalam industri, sebab yang kita tahu filem yang masuk ada saluran betul dia, kita pergi LPF, ada syarat wajib tayang dan penentu dari situ akan diberitahu dan dalam mesyuarat Jawatan kuasa wajib tayang.

“Dari situ kita penerbit akan boleh tahu filem apa yang bersaing dari dalam dan luar negara untuk filem Dukun satu persoalan besar, tak ada lambakan filem, tak ada slot yang akan digunakan pada minggu depan atau minggu satu lagi tapi kenapa 5 April dimasukkan mendadak,” soal Ahmad Idham.

Ahmad Idham berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru Ahmad Idham selaku pemilik dan pengedar filem aksi Qhaliq, AIFA Motion Pictures Sdn. Bhd. akan menghantar surat rasmi kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menarik balik tayangan cerita tersebut.

Qhaliq diarahkan Rosli Mohd Taib, manakala Dukun terbitan Astro Shaw merupakan filem arahan Dain Said.

Penerbit Qhaliq rasa teraniaya

Ahmad Idham berkata keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada filem Dukun yang juga akan ditayangkan pada tarikh sama.

Beliau turut menafikan takut bersaing dengan filem Dukun sebaliknya tidak mahu bersaing atau berkonfrontasi sesama sendiri kerana sedar industri perfileman tempatan adalah kecil.

“Kita tak nak wujudkan industri filem yang kita berkonfrontasi sesama kita, industri kita kecil, tak patut wujud industri kau makan aku, aku tikam kau, kau langgar aku," katanya.

Selain itu, Ahmad Idham juga mempersoalkan mengapa diberikan kelebihan oleh Skim Wajib Tayang untuk ditayangkan secara tiba-tiba malah mendapat sehingga 100 buah pawagam untuk tayangan.

“Kami (Qhaliq) rasa teraniaya, kami rasa ketika itu minta 40 pawagam diberi 30 pawagam, tak cukup tapi semalam kami tengok Dukun yang tak ikut proses betul dapat 100 pawagam, dimanakah keadilan,” soalnya.

Lihat Komen
ADS