Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Chef Wan jijik sikap tamak orang ramai
Diterbitkan:  Apr 13, 2018 4:03 PM
â‹…
Dikemaskini: 10:47 AM

Kemurahan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim membelanja sejumlah pengunjung di sebuah pasaraya di Johor baru-baru ini nampaknya masih hangat diperkatakan banyak pihak.

Bagaimanapun, ramai mengkritik sikap segelintir anggota masyarakat yang berebut-berebut pada hari kejadian lebih-lebih lagi apabila pasaraya itu ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus.

Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan turut meluahkan rasa kesal terhadap tingkah laku yang disifatkan mengundang sikap tamak haloba itu.

Menganggap kejadian itu suatu pembaziran Chef Wan berkata masih ramai golongan susah perlu dibantu dan lebih memerlukan pemberian berkenaan.

"Saya berasa amat terkejut melihat perkara begini. Yang pasti ini semua boleh mengundang ramai lagi manusia bersifat tamak haloba kerana melayan nafsu mereka. Ia amat menjijikkan," katanya di laman sosial Instagram.

Dalam perkongsiannya, Chef Wan turut memuat naik gambar suasana di pasaraya berkenaan selepas kejadian itu.

Rabu lalu, Tunku Ismail membelanjakan sejumlah RM1 juta - atau RM3,000 bagi satu kepala kepada pengunjung di pasaraya AEON Tebrau City di Johor.

Bagaimanapun, keadaan pasaraya itu yang ditinggalkan dalam keadaan berselerakan mengundang kecaman netizen.

Di Mekah pun sama

Chef Wan turut menyamakan kejadian itu seperti yang pernah dialaminya ketika berada di Mekah apabila terdapat segelintir jemaah berebut-rebut kurma yang disedekahkan kepada mereka kerana mahu menjimatkan belanja.

“Setiap kali berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhatikan apabila ada manusia yang beri pelbagai makanan dan kurma, ketika itu ramai jemaah berebut-rebut. Ada yang ambil (kurma) hingga berbeg-beg dan menjejaskan apa yang diderma.

 

I felt shocked looking at all this stuff. Yang pasti ini semua boleh juga mengundang ramai lagi manusia2 yg bersikap tamak haloba melayan nafsu mereka. Its disgusting and wasteful. Off course tak semua bersikap begitu melainkan menerima sedekah itu. Everytime bila berada di Mekah waktu musim Ramadan saya selalu perhati kan apabila manusia ini beri pelbagai makanan dan kurma ramai jemaah yg berebut rebut. Ada yg ambil berbeg beg and abused what is being donated. Dari jauh saya pandang sambil mengeleng kepala. I will not take anything pun as i knew deep inside biar la makanan itu di agih kan kepada manusia2 yg lebih susah. Ada la lebih baik kita berkorban untuk fakir miskin yg lebih memerlukan dari saya yg mengambilnya. Banyak mana nak makan pun. Each time saya berbuka di dalam masjid 2 biji tamar dan air zam2 dah pun saya rasa bersyukur dan kenyang pun. Begitu la kuasa Allah yg menjaga perut dan hati manusia yg banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan pun. Manusia yg tamak dan gelojoh pulak akan berbuka satu meja penuh makanan di akhirnya banyak yg di bazir kan juga. Yang sedih ramai pulak rakyat Msia yg juga berebut. Ada yg cerita lepas balik Umrah tak payah beli kurma lagi sebab dah berbeg di bilik itu yg mereka ambil tiap2 hari. Langsung tak ada rasa malu sedikit pun. Memang betul Allah kata ada la lebih baik tangan yg memberi dari tangan yg menerima pun. But look at all this... Mana tidak seumpama kita mengantuk di sorong kan bantal. Free la kata kan. Lets race for this!🤣 There so many more unfortunate people in this world that deserve this gift. Indeed we do have so much to learn in this life. Salam Jumaat to everyone.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

"Dari jauh saya pandang sambil menggeleng-geleng kepala. Yang sedih ramai pula rakyat Malaysia yang berebut-rebut.

"Ada yang kata lepas balik umrah tidak perlu beli kurma lagi sebab sudah berbeg-beg di bilik yang mereka ambil setiap hari. Langsung tidak ada rasa malu sedikit pun,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah lebih baik setiap individu berkorban demi fakir miskin daripada mengambil sesuatu untuk diri sendiri.

“Saya tidak ambil satu apa pun kerana tahu jauh di lubuk hati biarlah makanan itu (perlu) diagihkan kepada manusia yang lebih susah.

"Banyak mana nak makan pun. Setiap kali saya berbuka di masjid dua biji tamar dan air zam-zam pun buat saya rasa bersyukur dan kenyang.

“Begitulah kuasa Allah yang menjaga perut dah hati manusia yang banyak bersabar serta melawan hawa nafsu kita dan berkorban untuk tidak makan berlebihan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS