Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Borak lucah terlampau 'Syafiq dan Mira' tular di media sosial
Diterbitkan:  May 28, 2018 5:44 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Tatkala namanya kian memuncak baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Syafiq Kyle mula dihimpit kontroversi ekoran klip video aksi lucah yang didakwa menyerupai wajah miliknya menjadi tular.

Video ringkas yang mulai tersebar di Twitter itu mulai dikongsi pengguna alam maya sejak malam tadi.

Bukan satu, sebaliknya terdapat empat klip video berdurasi antara 38 saat hingga dua minit memaparkan perbualan antara lelaki - yang membahasakan dirinya sebagai Syafiq - dengan wanita yang merujuk dirinya sebagai Mira itu.

Selain itu, ada juga pengguna Twitter yang menawarkan rakaman penun klip video berkenaan pada harga RM20.

Bagaimanapun kesahihan tawaran itu diragui.

Difahamkan klip pendek itu memaparkan perbualan ringkas pasangan terbabit mengenai hubungan seks dan gurauan lucah melampau.

Dalam perkembangan susulan, Mira yang ada dalam rakaman itu sebenarnya seorang lelaki berpakaian serta berperwatakan perempuan.

Syafiq, 25, mula mencipta nama selepas diangkat sebagai naib juara progarm realiti Pencarian Hero Remaja 2012.

Dia juga membintangi drama bersiri Nur terbitan TV3 dengan membawa watak Ustaz Adam.

Namanya semakin melonjak apabila membintangi siri drama TV, Mencitaimu Mr Photographer dan Tak Ada Cinta Sepertimu terbitan Astro.

Walaupun namanya ketika ini heboh diperkatakan, pemilik nama penuh, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu masih meneruskan ciapannya di Twitter seperti biasa.

Sementara itu, pemilik syarikat pengurusan MASK Team yang menguruskan kerjaya Syafiq, Shawn Amer enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

Lihat Komen
ADS