Seni & Hiburan Malaysiakini

Khalid Salleh meninggal dunia

Hiburan  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada usia 70 tahun.

Perkara itu disahkan anak lelaki allahyarham, Israr Khalid seperti dilapor Astro AWANI.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho.

Khalid merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Selain dikenali sebagai pelakon, penggiat teater dan pengacara, allahyarham juga pernah menulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.