Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melalui proses 'reformasi' bagi memastikan agensi berkenaan terus relevan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baru, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom institusi berkenaan akan berdepan dengan pembaharuan bagi memastikan ia tidak 'lesu' seperti sebelum ini.

Malah, katanya, antara pembaharuan yang akan dilakukan DBP ialah agensi itu perlu berani ke depan bagi menjawab soalan-soalan sensitif berkaitan institusi berkenaan.

"Kelesuan yang dihadapi DBP ini ada banyak sebab. Dia tak sakit tapi cuma lelah. Banyak sebab kenapa lesu, kurang semangat. Saya tak nak sebut (sebab itu).

"Tapi kita tak boleh nafikan DBP satu institusi gergasi. Jadi apa kita boleh lakukan ialah lakukan reformasi dalam DBP dengan mengambil semua faktor untuk lakukan perubahan.

"Kita kena perbaharui semangat DBP agar ia tak macam dulu. Kita kena beri respon terhadap soalan sensitif, berani ke depan.

DBP dikritik mati pucuk

"Jangan jadi agensi kerajaan yang monyok je," katanya dalam sidang media selepas sesi ramah mesra bersama para pemberita di ibu pejabat DBP hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas serta timbalannya Datuk Abang Sallehuddin Abang Shoekeran.

Walaupun pelbagai gelaran dilemparkan terhadap DBP sebelum ini, namun Mohamed Hatta yakin institusi itu akan bangkit semula meskipun perlu melalui penstrukturan semula terhadap agensi berkenaan.

"Ada macam istilah yang tak berapa baik orang sebut pada kita dalam forum. Jadi sudah sampai DBP bangkit semula dari kelesuan semalam. Insya-Allah akan bangkit semula," katanya sambil menegaskan sekiranya tiada pembaharuan dilakukan, DBP berdepan dengan risiko akan ditutup kerana dianggap tidak relevan.

Sebelum ini, badan berkanun itu seringkali menerima kritikan umum mengenai prestasinya.

Penulis dan aktivis politik, Hishamuddin Rais baru-baru ini berkata DBP perlu "menghapuskan budaya bodek yang membebalkan orang Melayu" dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Hishamuddin juga turut menyifatkan DBP sebagai "mati pucuk" pada suatu majlis forum Memperkasa DBP Menuju Malaysia Baru di Menara DBP baru-baru ini.

Lihat Komen
ADS