Shakib dilantik sebagai pemangku ketua pengarah Finas
Diterbitkan: Oct 8, 2018 11:59 PM | Dikemas kini: Oct 10, 2018 12:51 PM
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam kenyataan semalam berkata, Shakib akan menggantikan tempat Datuk Fauzi Ayob.
Gobind turut mengumumkan pelantikan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah FINAS bagi menggantikan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Pelantikan itu juga berkuat kuasa semalam.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.