Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Tanpa Faisal Tehrani himpunan penulis tetap berlangsung

Tindakan penulis terkenal Dr Faisal Tehrani menolak pelawaan menjadi seorang daripada panel Himpunan Penulis Malaysia (HPM) tidak menjejaskan forum yang bakal berlangsung 16 November ini.

Pengerusi bersama HPM, Mohd Khair Ngadiron, berkata beliau menghormati pandangan dan pendirian dibuat Faisal yang menyatakan dirinya enggan disamakan dengan "pengampu ahli politik".

“Saya hormati pandangan beliau dan akan bawa keputusan ini kepada ahli jawatankuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khair juga menolak sama sekali dakwaan Faisal bahawa HPM akan melibatkan individu-individu 'kaki kipas' terutama apabila inisiatif program itu antaranya digerakkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Saya tak fikir begitu (melibatkan kaki kipas) sebab setakat ini semua sasterawan negara yang sihat menyatakan persetujuan untuk hadir kecuali yang tidak sihat. Sambutan dalam talian yang kita terima juga positif,” katanya.

Terdahulu, Faisal menjelaskan beliau tidak berminat menyertai HPM yang bakal diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana tidak mahu bergaul dengan individu-individu yang didakwanya boleh membawa pengaruh negatif.

Pendirian itu turut dipengaruhi faktor empat bukunya yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri. Bagaimanapun Faisal mencabar keputusan dibuat kerajaan itu.

Faisal mendakwa ketika itu dia tidak mendapat sokongan dan pembelaan sepatutnya daripada komuniti penulis yang juga terdiri daripada rakan seperjuangan dalam industri buku tempatan.


Baca Sastera adalah makanan anjing


HPM bertujuan menghimpunkan penulis tempatan bagi membincangkan hala tuju persuratan dan peradaban melalui penulisan antara sasterawan negara yang berpengalaman.

HPM turut melibatkan Timbalan Naib Canselor UKM Prof Madya Dr Roslee Rajikan, dan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Mengulas lanjut dakwaan Faisal dalam isu mengampu, Khair berkata takrif berkenaan sangat subjektif.

“Saya fikir di mana-mana saja akan ada golongan yang disifat begitu, tetapi itu adalah daripada sudut pandangan masing-masing.

“Mungkin betul atau mungkin tidak betul, perkara ini sangat subjektf kerana ada orang yang tugasnya mendukung pemerintah.

“Kita mungkin tak gelar mereka pembodek, tetapi mereka hanya menjalankan tugas saja, ini soal persepsi,” katanya yang juga bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Lihat Komen
ADS