Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Empat tahun sepi, Maya kini tampil dengan 'Gateway'
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 4:20 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Pelakon Maya Karin kini tampil dengan single pertama bertajuk 'Gateway' selepas hampir empat tahun menyepikan diri tanpa sebarang karya solo.

Kali terakhir Maya muncul dengan album solo bertajuk 'Teka Teki' pada tahun 2013 dan single khas hari raya setahun selepas itu.

"Getaway’ merupakan hasil karya komposer dan penerbit berpengalaman Audi Mok bersama penyanyi baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna.

Merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia, Gateway bertemakan pencarian individu dalam mengenali diri sendiri di dunia yang penuh kepura-puraan.

"Single yang membawakan genre pop moden ini turut menampilkan penyanyi Kaka Azraff selaku “rapper” dalam lagu tersebut," kata Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini

Lihat Komen
ADS