Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Pelajar perubatan juara Gadis Panca 2018

Nadia Azam

Diterbitkan

Penuntut perubatan Sharifah Husna Syed Feizal dinobatkan sebagai juara Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 dalam peringkat akhir hari ini.

Pengumuman itu dilakukan di Dewan Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Kemenangan itu membolehkan Sharifah Husna, 25, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Balkan, kontrak lakonan bersama A Aida Production dan trofi Gadis Panca MyBeauty 2018.

Naib juara pula diraih gadis kelahiran Terengganu, Sarah Mustafa, 20, yang juga seorang penuntut jurusan bahasa Inggeris.

Sarah membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Vietnam, kontrak lakonan dan trofi.

Tempat ketiga disandang pengurus pemasaran, Puteri A’teeqah Ayu Mohd Zaharee. Putri membawa pulang wang tunai RM3,000, pakej percutian ke Thailand, kontrak lakonan dan trofi.

Enam finalis lain berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan percutian ke Macau, China.

Pertandingan akhir diadili Rita Rudaini, Fazley Yaakob, Pengarah MyBeauty, Wong Kong Choong, A Aida, Miss Universe 2017, Samantha Katie; model Kazakhstan, Aidana Doskaziyeva dan Ketua Pengarang MHE, Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku ketua juri.

Pertandingan akhir dihoskan pelakon Joey Daud selain dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Amelina, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi dan Syafiq Farhain.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan