Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kerana 'ikan masin' bekas suami Fairuz disoal 13 jam
Diterbitkan:  Jul 8, 2019 9:44 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Susulan kata-kata hinaan mengenai "ikan masin", pelakon sinetron Galih Ginanjar disiasat polis selama 13 jam di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan kelmarin.

Menurut peguamnya, Rihat Hutabarat, selama siasatan dijalankan, Galih ditanya sebanyak 46 soalan oleh pegawai penyiasat.

"Dalam proses soal siasat itu memang ada pemeriksaan yang berdurasi 32 minit, terperinci dan berulang-ulang.

"Ada 46 soalan semuanya," katanya seperti dipetik Kompas.

Terdahulu, Fairuz A Rafiq membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Galih, 31, gara-gara membuat kenyataan tidak senonoh bahawa alat sulitnya berbau seperti ikan masin.

Disebabkan kata-kata hinaan tersebut, Galih boleh berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Aktor terbabit mendakwa alat sulit Fairuz yang juga pelakon sinetron itu berbau seperti ikan masin sewaktu diwawancara sebuah rancangan YouTube.

Galih bersama Barbie Kumalasari

Bagaimanapun, Galih menafikan perkataan tersebut ditujukan kepada bekas isteri, sebaliknya menganggap kata-katanya sebelum ini merujuk kepada makanan.

Selain itu, Fairuz, 33, turut membuat laporan terhadap pengendali akaun YouTube, Rey Utami dan Pablo Benua.

Mengulas lanjut Rihat berkata, dalam 46 soalan itu, terdapat tiga pertanyaan penting ingin diketahui penyiasat.

“Pertama, Galih diminta memberi keterangan dimulai dengan proses pembuatan video YouTube sampai selesai.

“Kedua, yang sangat lama dalam proses siasatan durasi 32 minit itu. Ketiga selepas beredar kandungan tular YouTube,” katanya.

Bagaimanapun, Rihat dan Galih enggan berkongsi maklumat berkaitan soalan lebih terperinci.

“Kami tidak boleh bercakap maklumat lain. Sila ajukan soalan itu pada penyiasat,” kata Rihat.

Lihat Komen
ADS