Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ujang hilang hak karya kartun, jatuh muflis
Diterbitkan:  Aug 30, 2019 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

"Saya tidak tahu tentang hak milik atau karya intelek. Saya naif sangat sehingga hilang hak milik watak-watak kartun dicipta".

Demikian kata, kartunis tanah air Ibrahim Anon yang turut diisytihar muflis selepas gagal membayar RM1.8 juta hutang kepada syarikat percetakan.

Ibrahim Anon yang lebih dikenali sebagai Ujang merupakan kartunis terkenal 90-an menerusi karyanya seperti Aku Budak Minang di majalah Gila-Gila, Din Beramboi (majalah Ujang) dan animasi Usop Sontorian.

"Sekitar tahun 1994/1995, Saya keluarkan majalah Ujang dan majalah itu terjual 386,000 naskhah sebulan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online.

Namun, akibat karya-karya tidak dipatern atau didaftarkan bawah Akta Hakcipta 1987, beliau terpaksa berputih mata apabila tuntutan 30 peratus perkongsian keuntungan dalam perniagaan gagal diperoleh.

"Selepas tiga tahun saya ada 30 peratus perkongsian keuntungan.

“Apabila saya tuntut hak saya itu, mereka minta bukti yang mengatakan Ujang itu saya yang punya," katanya ketika menjadi tetamu segmen Mornik Blues dalam Facebook Utusan Online, semalam.

Ujang turut diheret ke mahkamah sehingga diistihar muflis.

"Isu tuntutan berlarut hingga ke mahkamah sehingga dia saman pada tahun 2000 dan jatuh muflis dan berhutang sebanyak RM1.8 juta dengan syarikat percetakan," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS