Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Melayu malas? Aku buat empat kerja tau!
Diterbitkan:  Sep 7, 2019 12:43 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Pengarah dan penulis lakon layar, Al Jafree Md Yusop, berkata dia sudah bosan mendengar ungkapan 'Melayu malas' yang sering didendangkan pihak tertentu.

Sedangkan, kata Al Jafree, sebagai orang Melayu dia sendiri melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menyara hidup sekeluarga.

"Aku sebenarnya dah bosan dengar cerita Melayu malas ni. 

"Aku sendiri buat tiga ke empat kerja serentak untuk tanggung keluarga aku," luahnya menerusi hantaran di Facebook.

Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak, Al Jafree dipercayai merujuk kepada tulisan terbaru perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan orang Melayu masih lagi malas bekerja dan rela menyerahkan segala kerja kepada bangsa asing.

Melalui satu catatan di laman blog chedet.cc, Mahathir berkata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

"Polisi yang tunggang langgang kita pulak yang kena," ulas Al Jafree di Facebooknya.

Pendapat yang sama turut dilontarkan pengarah dan pelakon, Fauziah Nawi di ruangan komen pada hantaran Al Jafree.

"Aku tak berhenti berusaha, bekerja sejak remaja lagi kerana membantu kedua mak bapak. Sekarang pun aku masih berusaha kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.

" Masih berusaha masih bekerja memastikan aku juga keluarga dan Sanggar Teater Fauziah Nawi tidak menadah tangan dari muka ke muka. Aku tak pernah malas," kata Fauziah.

Lihat Komen
ADS