Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bapa Angelina Jolie dapat anugerah dari Trump
Diterbitkan:  Nov 22, 2019 2:35 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Presiden AS Donald Trump memberi anugerah Jon Voight sbagai menghargai lakonan aktor legenda Hollywood itu.

Voight, 80, yang merupakan ayah kepada pelakon Angelina Jolie adalah antara lapan individu yang menerima Pingat Nasional untuk Seni dan Pingat Kemanusiaan Nasional, iaitu penghormatan tertinggi diberikan Rumah Putih kepada golongan artis.

Penganugerahan itu bagaimanapun dilihat mempunyai kaitan dengan sokongan Voight terhadap Trump.

Voight, berbeza dengan rakan seperjuangannya di Hollywood yang lebih cenderung menyokong Demokrat, sering tampil sebagai penyokong kuat presiden AS itu.

Malah, Angelina Jolie, yang tidak hadir pada majlis penganugeraan bapanya, merupakan pengkritik tegar Trump.

Selain merupakan pemenang Oscar, Voight juga pernah merangkul Anugerah Akademi tahun 1978 bagi kategori Pelakon Terbaik Lelaki melalui lakonan cemerlang dalam filem Coming Home.

Coming Home memaparkan Voight  membawakan watak veteran perang Vietnam dan turut menampilkan aktres Jane Fonda.

Nama Voight mula dikenali selepas membintangi Midnight Cowboy bersama Dustin Hofman dan turut berlakon dalam filem hits iaitu Deliverance serta Odessa File.

Namun filem yang benar-benar menambat hati Trump ialah The Champ.

“Semua orang menangis menonton filem berkenaan. Saya cuba untuk tidak menangis. Tapi susah,” katanya dipetik AFP.

Lihat Komen
ADS