Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jutawan Jepun cari 'teman hidup' untuk ke angkasa
Diterbitkan:  Jan 13, 2020 2:50 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Jutawan Jepun, Yusaku Maezawa, mengumumkan dia sedang mencari seorang wanita - yang pada masa sama berpotensi menjadi teman hidupnya - untuk menyertai ekspedisi mengelilingi bulan.

Menurut Maezawa, 43, pelayaran itu menjadi penanda aras untuknya terus menjadi lelaki yang setia untuk seorang wanita.

“Ketika berada berseorangan dan perasaan kesepian semakin memakan diri, hanya satu perkara boleh saya fikirkan iaitu terus mencintai seorang wanita.

“Saya ingin mencari teman hidup. Dengan bakal teman hidup itu nanti, saya ingin menyatakan cinta kami dan keamanan dunia di angkasa,” katanya yang dipetik Reuters.

Usahawan itu - yang sebelum ini pernah menjual perniagaan fesyennya, Zozo Inc, kepada SoftBank Group Corp - memaklumkan wanita pilihannya perlulah berusia lebih 20-an.

Kriteria lain ialah wanita terbabit mestilah berminat untuk ke angkasa, bersedia mengharungi projek berkenaan selain mempunyai keinginan untuk melihat keamanan di dunia.

Untuk rekod pengembaraan itu bukanlah semata-mata untuk menghabiskan masa bersama di angkasa, sebalikna Maezawa mahu menyiapkan dokumentari melalui projek Dear Moon berkenaan.

Derma RM37j

Dokumentari tersebut berjudul Full Moon Lovers danakan disiarkan secara langsung melalui perkhidmatan penstriman Abema TV.

Dia dijangka memulakan pelayaran mengelilingi bulan itu pada 2023 sebagai penumpang pertama untuk perkhidmatan ditawarkan hartawan Elon Mask, Space Exploration Technologies (SpaceX).

Ditubuhkan pada 2002, SpaceX diwujudkan untuk membolehkan manusia menikmati pengalaman meneroka angkasa.

Maezawa baru-baru ini berpisah daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon Ayame Goriki, 26.

Tarikh tutup permohonan itu ialah empat hari lagi dan Maezawa akan memilih temannya pada penghujung Mac ini.

Dokumentari berkenaan adalah langkah berprofil tinggi terbaru dilakukan jutawan berkenaan.

Dia pada masa sama juga bermurah hati untuk mendermakan AS$9 juta (RM37 juta) kepada pengikut Twitternya bagi mencetus perdebatan di Jepun berhubung merit pendapatan asas.

Lihat Komen
ADS