Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Kesempitan hidup buatkan buku puisi Puteri Balqis laris terjual

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2020, 1:15 tengahari

Susulan kisah kesempitan hidup dipaparkan program Bersamamu semalam, pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi, menumpahkan air mata kerana buku puisi diilhamkannya, 38 Poet, laris terjual.

Kata Puteri Balqis, dia tidak menyangka perkongsian mengenai keperitan hidup yang ditanggung bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz, membuka mata banyak pihak hingga mereka sanggup menghulurkan bantuan dengan membeli buku berkenaan.

“Puteri tak pernah sangka sebab tu ibu selalu cakap pasti ada kemenangan, cuma bila dan bagaimana Pencipta tentukan.

“Waktu Bersamamu hubungi, kami tahan sebak apabila orang WhatsApp dan akhirnya beli buku tulisan Puteri yang dulunya disenyapkan,” katanya dalam program Malaysia Hari Ini yang bersiaran melalui TV3 pagi tadi.

Puteri Balqis, 12, berkata pada peringkat awal ibunya menolak untuk mendedahkan kesempitan hidup dilalui mereka kerana beranggapan masih mampu untuk berdikari dan tidak mahu mengharapkan ihsan sesiapa.

“Ibu tolak keras untuk dibantu program Bersamamu kerana katanya, kami masih mampu berdikari. Setelah berjaya dipujuk, saya kata Bersamamu mungkin dapat bagi laluan kecil.

“Awalnya kami juga rasa kehidupan (yang dilalui ni) tak perlu dikongsi, kehidupan kami biar ditutup, rahsia kami. Tapi kini rahsia tu dibuka dengan cara yang sangat indah, dengan cara tak pernah sangka,” katanya.

Diuji dengan kesusahan

Program Bersamamu itu membongkar keperitan hidup dilalui Puteri Balqis hingga nama pelakon itu menjadi sohor kini seharian di Twitter.

Perkongsian dalam Bersamamu mengundang perhatian ramai apabila ia antaranya memaparkan kepayahan hidup Puteri Balqis menaiki pengangkutan awam bersama ibunya bagi mendapatkan rawatan di klinik.

Selain itu, ia juga memaparkan pelakon Akulah Balqis itu duduk di bangku sambil makan disuap ibunya.

Sementara itu, Norashikin berkata, buku puisi itu ditulis tanpa pengetahuannya dan menceritakan serba-serbi perjalanan hidup mereka berdua.

“Ujan itu indah, apabila diuji dengan kesakitan, kita cari penawar, diuji dengan kesusahan, kita usaha, apabila diuji dengan pengkhianatan kita hati-hati, bila diuji dengan kehilangan kita hargai.

“Tak ada apa yang malu nak dikongsikan kerana semua manusia lalui fasa kesusahan.

“Kita semua akan berjaya dan Tuhan akan tetap pegang dengan janji itu. Saya berterima kasih ramai yang berkongsi ayat-ayat Puteri. Akhirnya tulisannya dikongsi,” katanya.

Balqis sebelum ini pernah diberitakan mengidap barah namun tidak diperincikan lebih lanjut penyakit yang dihidapi. 

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.