Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kenny Rogers meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 21, 2020 6:21 PM
Dikemaskini: 3:29 PM

Pencipta dan penyanyi muzik country, Kenny Rogers meninggal dunia di kediamannya di Sandy Springs, Georgia, AS kira-kira jam 10.25 malam (waktu tempatan) hari ini.

Rogers berumur 81 tahun.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh keluarganya sendiri melalui satu ciapan di akaun laman sosial Twitter rasmi petang ini.

“Rogers pergi dengan tenang di rumah dengan kematian semula jadi, dijaga dan ditemani keluarganya.

“Kerjayanya yang mencecah lebih enam dekad telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sejarah muzik Amerika Syarikat,” jelas keluarganya melalui ciapan itu.

Rogers memenangi anugerah Grammy sebanyak tiga kali dan menjadi inspirasi peminat dan artis-artis melalui pelbagai lagu poplarnya seperti The Gambler, Lady, Islands In The Stream, Lucille, She Believes In Me dan Through The Years.

Antara pencapaian terhebat Rogers ialah menghasilkan 24 lagu yang bertahan sebagai juara carta, memenangi anugerah CMA enam kali, penerima anugerah CMA Willie Nelson untuk pencapaian sepanjang hayat 2013, penerima anugerah CMT Artist of a Lifetime 2015 dan diundi sebagai Penyanyi Pilihan Sepanjang Zaman oleh pembaca USA Today dan People.

Kematian itu turut dirasai oleh artis muzik country, LeAnn Rimes Cibrian, antara yang mula menyampaikan rasa takziahnya kepada keluarga Rogers.

“Kami akan merindui kamu, Kenny Rogers. Kamu adalah dan akan sentiasa menjadi seorang lagenda,” ciapnya di Twitter.

Menerusi kenyataan itu juga, keluarga Rogers akan mengadakan upacara pengebumian secara tertutup susulan pandemik wabak Covid-19 sekarang.

Namun, keluarganya turut akan menetapkan tarikh yang lain bagi meraikan kehidupan anggota Country Music Hall of Fame tersebut secara terbuka bersama-sama rakan-rakan dan peminat.

Rogers meninggalkan seorang balu, Wonda dan empat orang anak lelaki, Justin, Jordan, Chris dan Kenny Jr.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS