SENI & HIBURAN

'Duduk rumah muhasabah diri, bukan tengok laman lucah'

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mac 2020, 10:36 pagi

Pelakon Yatt Hamzah menyelar rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan melayari laman sesawang lucah ketika negara sedang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bagi membendung Covid-19.

Kata Yatt, Covid-19 sewajarnya dilihat sebagai satu ujian besar dan menjadi titik tolak umat Islam lebih mendekatkan diri dengan amalan ibadah.

"Astagfirullahaladzim, cukuplah dengan musibah yang ada ni. Jangan ditambah lagi. Bertaubatlah. Allah bagi ujian wabak Covid-19 ni untuk kita berfikir dan mendekatkan diri kepada-Nya.

"Justeru, bermuhasabah dan memperbaiki diri, bukan dengan berbuat maksiat, menambah laknat dan kemurkaan Allah. Hentikan pornografi," katanya di media sosial hari ini.

Mengiringi hantaran tersebut, Yatt berkongsi beberapa data statistik diperoleh daripada laman pornografi Pornhub.

Terdahulu, media melaporkan trafik laman lucah Pornhub di Malaysia meningkat sehingga ke 84 peratus sepanjang penularan wabak Covid-19.

Melalui keterangan dipaparkan itu, Malaysia berada di tangga keempat berbanding Slovakia yang menduduki tempat pertama dengan 119 peratus pencarian.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkata, melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan sewaktu mereka sedang melakukan jimak, hukumnya adalah haram.

"Hukum melihat aurat orang lain adalah haram. Apatah lagi melihat bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh membangkitkan syahwat. Ia juga haram.

"Bagi yang dah berkahwin juga bukan suka-suka boleh tengok video lucah dengan alasan utk menambah ilmu. Haram tetap haram," katanya.

Selain itu, Yatt, 39, juga mempercayai perbuatan melihat aurat orang lain boleh menumpulkan fikiran selain mengeraskan hati seseorang.

"Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyuk atau pikun," katanya.

Gesaan Yatt tidak terhad sampai di situ, dia turut menggesa golongan selebriti dan Instafamous agar berhenti daripada terus berkongsi rakaman klip video, gambar seksi, lucah atau menggiurkan di media sosial.

"Sesiapa saja yang selalu memuat naik video dan gambar tiada manfaat demi (mengumpul) jumlah like dan keperibadian kalian, tolonglah hentikan,

"Hentikan dosa-dosa mengundang bencana dan akibatnya ditanggung semua yang tak bersalah," katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.