Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nabila Razali terpaksa tarik diri dari separuh akhir Muzik Muzik 35
Diterbitkan:  Nov 20, 2020 8:16 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Penyanyi Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 35 (MM35) yang akan bermula malam ini.

Menurut pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib, keputusan dibuat selepas penyanyi terbabit mendapat nasihat beberapa pihak termasuk doktor, guru vokal Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Hussaini.

“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di separuh akhir MM35 yang bakal berlangsung malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas separuh akhir antara yang menjadi impiannya sejak bergelar penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Asrul berkata, pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali, 28, itu sudah menjalani latihan vokal dengan Syafinaz sejak Sept lalu.

“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.

Menurutnya, Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Ahad, iaitu hari terakhir separuh akhir MM35.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Lihat Komen
ADS