Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Tak hadir sebutan kes, mahkamah keluar waran tangkap ke atas Sajat

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Feb 2021, 5:04 pagi

Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Nur Sajat, kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid [email protected]

Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang, tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah hari ini.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Jan lalu, Sajat, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan jadual asal, Sajat sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi tadi, namun hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.