Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ibu Ella meninggal dunia dalam tidur
Diterbitkan:  Mar 11, 2021 12:16 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Ratu rock negara Ella Aminuddin kehilangan ibu, Yang Asmah Long selepas wanita terbabit meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan Ella melalui hantaran di akaun Intagram miliknya.

“Buat makluman, mohon didoakan bonda kepada Ellah, Yang Asmah Long yang telah pulang menemui pencipta-Nya sekitar jam 2.30 pagi tadi.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia dan muliakan kematiannya, lapangkan kubur dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat ganti tinggalnya.

“Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah,” menurut hantaran tersebut.

Sementara itu, BH Online melaporkan abang ipar Ella, Syahrizal Ismail, berkata Yang Asmah menghembuskan nafas terakhir dalam tidur.

"Arwah menetap dengan adik ipar, Korie di Klang. Kami berjumpa hari-hari kerana arwah semakin uzur.

"Arwah meninggal dalam tidur akibat sakit tua," katanya yang juga suami kepada kakak dan juga pengurus Ella, Jojie.

Lihat Komen
ADS